Banner 728 x 90

Sunday, August 31, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan

Berikut aku turunkan petikan perutusan sempena kedatangan Ramadhan oleh Presiden Parti Pas,Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Semuga menjadi renungan untuk kita bersama:


Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.
"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)
Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.
Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.
Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

-Presiden PAS.

Saturday, August 30, 2008

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-51







Mungkin dialog Senyum Kambing di bawah perlu kita fikirkan.Apakah kita telah merdeka dalam ertikata yang sebenarnya.






Friday, August 29, 2008

Sekadar Tolong Sebarkan

Berikut aku turunkan segala butiran yang masuk ke dalam peti mail aku tanpa sebarang tokok tambah.Oleh itu sesiapa yang terjumpa gadis ini,tolonglah berikan maklumat kepada ahli keluarganya sebagaimana yang dituliskan di bawah ini.



Assalammualaikum. ..

Minta kawan2 semua tolong forwardkan gambar adik sahabat saya kepada rakan2 yg lain.

Adik rakan saya ini telah dilarikan seorang lelaki dipercayai dipukau. Adiknya telah menghilangkan diri semenjak hari Rabu, 20-Aug. Report Polis telah dibuat. Disyaki berada di kawasan Johor, Pulau Pinang atau Kedah.

Nombor kereta MyVi silver adik perempuan, ialah JKH 5380.
Nombor kereta Wira (coklat atau kelabu) lelaki CBL 7772. IC # 790217-01-5299.

Kalau ada apa-apa maklumat, sila hubungi kakak atau abang beliau :

kakak : 019-277 9275 (
Rafidah.Ahmad@ my.flextronics. com)
abang : 012-291 9274

Gambar lelaki tu tak ada dalam simpanan. Walaubagaimanapun sesiapa yang mungkin mengenali lelaki itu melalui nombor kereta atau ic mintak la tolong sesangat hubungi nombor telefon di atas. Ataupun sesiapa yang mempunyai pengalaman kehilangan orang tersayang, tolong la sha re bagaimana cara atau ada sesiapa yang boleh kita temui untuk meminta pertolongan. .

Terima kasih.

Wednesday, August 27, 2008

Gambar-Gambar Ketika Pengumuman Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

Penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat meraikan kemenangannya di Institut Perguruan Tuanku Bainun.


Penyokong PKR menanti keputusan rasmi di Institut Perguruan Tuanku Bainun sambil dikawal ketat pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).


Saat gembira penyokong PKR selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.


Penyokong setia PKR berkumpul di Institut Perguruan Tuanku Bainun bagi menunggu keputusan rasmi SPR.
Sumber:mstar online.








Tuesday, August 26, 2008

Malaysia Baru Makin Hampir


Segala-galanya sudah berakhir.Keputusan telah diperolehi.Anwar telah menang dengan majoriti 15671 undi lebih besar daripada majoriti Wan Azizah pada pilihanraya umum yang lalu.Selamat kembali Anwar ke parlimen.Apakah perjalanan ke Putrajaya juga sudah hampir?Tunggulah tarikh 16 september sebagaimana yang diwar-warkan oleh Anwar sendiri.
Walau apapun harapan kita semoga Anwar dapat menggegarkan parlimen dengan agenda rakyatnya dan agenda menentang rasuahnya.Maka akan bertemulah buku dengan ruas.
Tahniah buat Datuk Seri Anwar Ibrahim.Lawan Tetap Lawan.

Monday, August 25, 2008

Syabas Tuan Imam Ramlang Porigi




Ramlang Porigi, imam yang menjadi saksi Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan 15 Ogos lalu, muncul di khalayak umum tiga kali malam tadi di Permatang Pauh ketika kempen pilihan raya kecil masuk buat hari yang kesembilan. Dalam ketiga-tiga kemunculan itu beliau, seorang kakitangan kerajaan, ahli Pemuda Umno dan pengundi di Permatang Pauh menegaskan, sumpah mubahalah dibuat Saiful adalah tidak sah. Beliau menyatakan bahawa beliau telah diarahkan menghadiri majlis berkenaan. Majlis itu telah diaturkan oleh orang lain yang kebetulan pada ketika itu beliau baru sahaja menikahkan orang. Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengakuan imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Poriti, yang menjadi saksi sumpah laknat Mohd Saiful Bukharii Azlan di sini malam tadi sebagai bukti terbaru wujudnya konspirasi politik untuk menjatuhkan beliau.
dipetik dari:tranungkite
Pena Pinggiran:Pena Pinggiran memohon ampun dan maaf kepada Tuan Imam Ramlang kerana memberikan ulasan yang agak sinis kepada beliau dalam posting yang lalu.

Saturday, August 23, 2008

Dedikasi Untuk Muhammad Ammar

































Keceriaan dan kegembiraanmu telah diambil oleh Allah buat seketika.Allah mengujimu dengan kesakitan dan kepedihan buat seketika mungkin penuh dengan hikmahnya.Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui akan hikmahnya.Allah jugalah akan mengembalikan semula sinar kegembiraan dan kebahagian diatas segala kepedihan ini......

Sumpah,Sumpah,Sumpah....Menyampah Aku

Selepas Saiful Bukhari Azlan bersumpah laknat pada 15/08/2008 yang lalu hari-hari surat khabar dan TV mainkan dan membuat ulasan tentang benda ni.Aku rasa sumpah si Saiful ni pun sengaja dirancang kerana Anwar bertanding di Permatang Pauh.Menurut blogger MSO CD-CD sumpah tu diedarkan di sana sekarang ini oleh pekerja-pekerja Umno.

Menurut laporan mSTAR Online,malam semalam di Masjid Jamek Guar Perahu Najib juga bersumpah menafikan penglibatannya di dalam kes Altantuya Shaariibuu.Malah Najib menafikan beliau mengenali wanita Monggolia tersebut.

Kemudian sebentar tadi ketika aku makan di Restoran Puspa Melur Putra Perdana Puchong,aku nampak TV3 siarkan Tajul Rosli bekas MB Perak bersumpah ketika buat sidang akhbar.Beliau menafikan terlibat menjadi perancang dalam kes penangkapan 3 orang exco Perak oleh BPR.Sekarang 2 orang exco tersebut telah dibebaskan setelah direman 2 hari.Masih ada seorang lagi belum dibebaskan(ketika artikel ini ditulis).Kes ini pun satu lagi sandiwara politik oleh mereka yang sudah terdesak untuk berkuasa.

Selepas ini siapa pula yang akan bersumpah.Anwar mungkin tidak akan menurut desakan seteru politiknya supaya bersumpah.Ulamak-ulamak yang dirujuk Anwar pun mengatakan dia tak perlu bersumpah.

Yang aku menyampah,sumpah telah dijadikan senjata untuk membuktikan siapa yang benar dan siapa yang salah.Sikit-sikit sumpah.Sikit-sikit sumpah.Macam budak-budak.Menyampahnya aku.........

Friday, August 22, 2008

Harga Minyak Turun 15 sen Esok


PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 dikurangkan 15 sen kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit diesel sebanyak lapan sen kepada RM2.50 seliter mulai esok.Ia diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya hari ini.Penurunan ini merupakan kali pertama sejak harga bahan api dinaikkan pada awal Jun lalu.-mStar.

Pena Pinggiran:Aku tahu ni mesti Permatang Pauh punya pasal.Tak apalah tapi aku mahu Anwar turunkan lagi 50 sen sebagaimana yang dijanjikan dalam debat tempoh hari.Jadi aku harap pengundi-pengundi Permatang Pauh Undilah Anwar supaya harga minyak akan turun lebih banyak lagi.

Thursday, August 21, 2008

Mungkinkah Menang Sorak Sahaja?
















Sebarang kemungkinan boleh berlaku.Walau apa pun tunggu...........26 Ogos 2008 nanti.
Selamat Mengundi Pengundi-Pengundi Permatang Pauh.Lawan Tetap Lawan.

Tuesday, August 19, 2008

Siapa Sebenarnya Ramlang Bin Porigi
















Inilah sebenarnya salah seorang saksi Sumpah Laknat Saiful Bukhari Azlan berkait dengan kes liwatnya dengan Anwar Ibrahim di Masjid Wilayah Persekutuan,Jalan Duta,Kuala Lumpur 15/08/2008 yang lalu.Betul ke Tuan Syeikh Ramlang ni salah seorang Imam di masjid tu.....?

Presiden Pakistan letak jawatan


ISLAMABAD - Presiden Pakistan, Pervez Musharraf meletak jawatan semalam dengan menamatkan pemerintahan selama sembilan tahun yang dipenuhi pelbagai pergolakan. Pervez mengumumkan peletakan jawatan itu sebelum Parlimen memulakan proses untuk mendakwa beliau yang merupakan sekutu penting Amerika Syarikat (AS) dalam kempen memerangi keganasan. Bekas ketua tentera Pakistan itu merampas kuasa secara aman pada 1999 dan menerima tekanan kuat supaya meletak jawatan sebelum kerajaan campuran melancarkan proses pendakwaan buat pertama kali dalam sejarah 61 tahun Pakistan. Sejurus selepas pengumuman itu dibuat, orang ramai keluar mengadakan sambutan di beberapa bandar di Pakistan dengan menari di jalan raya. “Saya memutuskan untuk meletak jawatan selepas mengkaji keadaan dan mendapat nasihat peguam serta sekutu politik,” kata Pervez dalam ucapannya menerusi televisyen ke seluruh negara. “Saya menyerahkan masa depan saya kepada rakyat,” tambahnya. Pervez berkata, penyerahan jawatan beliau dimaklumkan kepada Speaker Parlimen. Laporan sejak beberapa hari lalu menyatakan terdapat rundingan untuk membolehkan Pervez meletak jawatan tanpa menghadapi tindakan undang-undang. Setakat ini tidak jelas mengenai apa yang akan dihadapi oleh Pervez selepas ini. Beliau yang menjadi sekutu utama AS selepas serangan 11 September 2001 membuat pengumuman mengejut itu dalam ucapan yang panjang lebar. Pervez turut mempertahankan pemerintahannya dengan menyatakan beliau membantu mewujudkan ketenteraman dan keamanan, membaiki demokrasi dan hak asasi serta meningkatkan kedudukan negara itu di peringkat antarabangsa. “Pakistan kini sebuah negara penting di peta dunia,” katanya. Populariti Pervez menjunam pada tahun lalu berikutan percubaannya untuk memecat ketua hakim dan insiden pembunuhan bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto.
Pena Pinggiran:Aku terfikir kadang-kadang orang yang dilihat agak keras karektornya ada juga jatidirinya.Apabila rakyat negaranya suruh letak jawatan dia letak jawatan.Tetapi ada seorang pemimpin sebuah negara tu dah berbuih mulut rakyat negaranya suruh letak jawatan sehingga sekarang tak leta-letak juga.Nampak lembik tapi terlalu liat rupanya....

Sunday, August 17, 2008

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh


Kebijaksanaan pengundi-pengundi Permatang Pauhlah yang akan menentukan samada cita-cita Anwar untuk berada di Putrajaya tercapai atau tidak.Pengundi-pengundi Permatang Pauhlah akan menentukan samada landskap politik negara sekali lagi akan mengalami perubahan yang lebih besar atau tidak.

Terpulanglah kepada pengundi-pengundi sekelian samada untuk membuat perubahan yang lebih besar atau sekadar menjaga Permatang Pauh sahaja.

Selamat Bertempur Anwar dan Arif Shah!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, August 15, 2008

Sumpah


Wahai Saiful,jika engkau di pihak yang benar maka engkau akan selamat.Tetapi jika engkau bersalah tunggulah laknat dari Allah kalau tidak di dunia ini pun pasti di akhirat.Aku harap Allah tunjukkan di dunia ini supaya menjadi pengajaran kepada umat manusia yang lain.
Wahai Anwar,aku harap kamu dipihak yang benar.Begitu jugalah harapan seluruh rakyat Malaysia amnya.Mudah-mudahan Allah akan tunjukkan siapa yang benar di antara kamu berdua.

Thursday, August 14, 2008

Istana Perak larang Hadi,Nik Aziz beri Khutbah Jumaat




Bernama.
KUALA LUMPUR: Usaha Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri di Ipoh) dan Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, esok tidak diberi perkenan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.Perkara itu disampaikan kepada Abdul Hadi ketika Presiden PAS itu menghadap baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman.Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, titah itu adalah selaras dengan pendirian bahawa masjid dan surau di Perak haruslah bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian.Kata beliau, hanya imam yang mendapat tauliah daripada Sultan Perak yang boleh menyampaikan khutbah di masjid-masjid di Perak.Laporan Bernama semalam menyebut, Raja Nazrin Shah telah memberi perkenan kepada Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi untuk menyampaikan khutbah pada solat Jumaat di dua buah masjid di Perak.


Ulasan Pena Pingiran:Teringat kata-kata seorang Pengetua sebuah maktab perguruan di Ipoh, Perak 15 tahun dahulu ketika penulis diminta mewakili pelajar-pelajar untuk berucap di majlis penutup minggu suaikenal.Ketika itu penulis sentuh sikit mengenai islam.Pihak pentadbir maktab telah tersentuh hati dengan ucapan penulis itu lalu pengetua telah memanggil penulis dan berkata apa yang penulis cakapkan itu hanya sesuai di Kelantan dan Terengganu bukan di perak.Tak sangka orang seperti Hadi dan Nik Aziz yang lebih layak untuk bercakap tentang islam tidak dibenarkan berkhutbah di Perak.Hai entahlah.........









Wednesday, August 13, 2008

Selamat Bermuktamar


Kepada Parti Pas,Kepimpinannya dan ahli-ahlinya,saya mengucapkan Selamat Bermuktamar.Semoga Allah merahmati anda sekalian.Kepada Dato' Seri Tuan Guru Presiden Pas,semuga anda dapat menggariskan hala tuju Parti Pas sesuai dengan situasi politik negara sekarang.Dato' Seri Presiden lebih menyedari Pas sekarang tidak berada di pinggiran malah telah menjadi harapan rakyat untuk menjadi penyelamat kepada negara yang tercinta ini daripada terus menuju kehancuran.Gariskanlah langkah-langkah yang boleh diterima oleh seluruh rakyat yang berbilang bangsa dan agama ini.
Kepada perwakilan-perwakilan berbahaslah dengan matang.Usahlah berbincang perkara yang remeh -temeh.Bawalah kematangan kepada parti anda.Parti anda sudah matang.Parti anda sudah berada di dalam dunia moden. Jangan usia parti anda sahaja yang matang tapi anda tidak matang.Anda pun mahu menterjemahkan idea parti anda kepada masyarakat negara ini.Oleh itu kemukakanlah idea yang bernas dan kukuh untuk parti anda.
Sekian.Selamat Bermuktamar.

Salam Bertemu

Salam bertemu kepada pembaca-pembaca sekalian.Semuga kehadiran blog saya akan dapat memberikan sedikit sebanyak bahan-bahan dan maklumat kepada pembaca-pembaca sekalian.Saya bukanlah penulis.Oleh itu,jika ada kelemahan dan kepincangan,teguran dan kritikan amatlah diharapkan.Saya pun tidak tahu hendak meletakkan dalam kategori mana blog ini mungkin blog cacamarba sahaja.Terpulanglah kepada pembaca-pembaca dan pelayar-pelayar sekalian.

Selamat bertemu.