Banner 728 x 90

Tuesday, August 19, 2008

Presiden Pakistan letak jawatan


ISLAMABAD - Presiden Pakistan, Pervez Musharraf meletak jawatan semalam dengan menamatkan pemerintahan selama sembilan tahun yang dipenuhi pelbagai pergolakan. Pervez mengumumkan peletakan jawatan itu sebelum Parlimen memulakan proses untuk mendakwa beliau yang merupakan sekutu penting Amerika Syarikat (AS) dalam kempen memerangi keganasan. Bekas ketua tentera Pakistan itu merampas kuasa secara aman pada 1999 dan menerima tekanan kuat supaya meletak jawatan sebelum kerajaan campuran melancarkan proses pendakwaan buat pertama kali dalam sejarah 61 tahun Pakistan. Sejurus selepas pengumuman itu dibuat, orang ramai keluar mengadakan sambutan di beberapa bandar di Pakistan dengan menari di jalan raya. “Saya memutuskan untuk meletak jawatan selepas mengkaji keadaan dan mendapat nasihat peguam serta sekutu politik,” kata Pervez dalam ucapannya menerusi televisyen ke seluruh negara. “Saya menyerahkan masa depan saya kepada rakyat,” tambahnya. Pervez berkata, penyerahan jawatan beliau dimaklumkan kepada Speaker Parlimen. Laporan sejak beberapa hari lalu menyatakan terdapat rundingan untuk membolehkan Pervez meletak jawatan tanpa menghadapi tindakan undang-undang. Setakat ini tidak jelas mengenai apa yang akan dihadapi oleh Pervez selepas ini. Beliau yang menjadi sekutu utama AS selepas serangan 11 September 2001 membuat pengumuman mengejut itu dalam ucapan yang panjang lebar. Pervez turut mempertahankan pemerintahannya dengan menyatakan beliau membantu mewujudkan ketenteraman dan keamanan, membaiki demokrasi dan hak asasi serta meningkatkan kedudukan negara itu di peringkat antarabangsa. “Pakistan kini sebuah negara penting di peta dunia,” katanya. Populariti Pervez menjunam pada tahun lalu berikutan percubaannya untuk memecat ketua hakim dan insiden pembunuhan bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto.
Pena Pinggiran:Aku terfikir kadang-kadang orang yang dilihat agak keras karektornya ada juga jatidirinya.Apabila rakyat negaranya suruh letak jawatan dia letak jawatan.Tetapi ada seorang pemimpin sebuah negara tu dah berbuih mulut rakyat negaranya suruh letak jawatan sehingga sekarang tak leta-letak juga.Nampak lembik tapi terlalu liat rupanya....

No comments: