
Segala teka-teki sudah terjawab.PakLah dah umumkan keputusan tidak akan bertanding mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan bulan Mac nanti.PakLah juga mengumumkan akan menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Najib sebaik sahaja Najib memenangi jawatan presiden parti dalam pemilihan itu nanti.Itu pun jika Najib menang,jika kalah tunggulah apa pula senarionya.
Pengumuman PakLah itu memang ditunggu-tunggu oleh semua ahli Umno khususnya dan rakyat Malaysia amnya.Tidak kiralah samada yang berparti atau tidak.Bagi ahli-ahli Umno, samada pemimpin-pemimpin atasan atau ahli-ahli bawahan,rasanya keputusan PakLah itu,diterima dengan penuh gembira.Sebab itulah tidak ada drama airmata macam ketika Mahathir berundur dulu.Tiada esak tangis mengiringi keputusan PakLah.Jika ada hanyalah sepanduk sokongan supaya PakLah terus memimpin Umno dan kerajaan dari segelintir penyokong setianya sahaja.Tetapi dalam situasi sekarang,suara terus menyokong PakLah sudah menjadi terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.Semua ahli Umno amat gembira dengan keputusan itu.
Sebab itulah sekarang ,suara-suara sokongan sudah berubah kepada Najib.Samada dari ahli-ahli MT sendiri,perhubungan negeri,bahagian dan cawangan telah berani menyatakan sokongan secara terbuka kepada Najib.Memang sudah menjadi resam Umno.Mereka memuja pemimpin mereka ketika dipuncak kuasa sahaja.Apabila sesorang pemimpin itu berada dihujung kuasa atau sudah hilang kuasa,tiada lagi puja dan puji untuk mereka.Tiada lagi sanjungan melangit.Lebih-lebih lagi pemimpin yang bermasalah seperti PakLah.Kalau boleh mereka mahu menghambat PakLah dari tempatnya lebih cepat lagi.Tiada lagi kesetiaan.Betul kesetiaan kepada manusia bukanlah mutlak.Tetapi sudah menjadi resam ahli-ahli Umno,setia mereka dikala ada kuasa dan benda sahaja.
Ketika PakLah menerima kuasa daripada Mahathir Oktober 2003,negara berada dalam suasana gawat politik dan gawat ekonomi.PakLah terpaksa mengambil tanggung jawab mengembalikan keyakinan rakyat selepas kekalahan yang agak besar BN dalam PRU-11 pada tahun 1999.Kepincangan semasa rejim Mahathir seperti kes penganiyaan terhadap Anwar,amalan nepotisme,kronisme,salah guna kuasa,rasuah dan sebagainya perlu diperbetulkan oleh PakLah.
PakLah telah memulakan langkahnya dengan agak baik.Ucapan masyhurnya mengajak rakyat sama-sama bekerja dengannya bukan untuknya telah dijadikan ucapan keramat.Ucapan itu telah dipetik dan diulangsiar berulangkali di dalam media elektronik.Imej sopan santun PakLah diwar-warkan.PakLah seorang yang berbudi bahasa terhadap orang tuanya.PakLah seorang yang romantik.Sehingga kisah cintanya dengan arwah Hindun pun dikorek dan disebarkan.PakLah juga mampu menjadi imam sembahyang tidak seperti PM-PM sebelumnya.
Kesannya,PRU-12 tahun 2004 telah memberikan kemenangan yang besar kepada BN.Terengganu dapat ditawan kembali dan Kelantan hampir-hampir dapat ditumbangkan.Semua kerusi yang dimenangi pembangkang pada PRU-11 di Selangor,Pahang,Perak dan Kedah dapat dirampas kembali.Yang tinggal hanyalah beberapa kerusi tradisi Pas sahaja.PakLah telah mencipta rekod kerana telah mendapat sokongan melebihi 90%.Sokongan yang begitu besar belum pernah diperolehi oleh Perdana Menteri sebelumnya hatta Mahathir sendiri yang telah banyak berjasa kepada negara itu.
PakLah telah dianggap seperti dewa penyelamat negara.Tapi amat sayang,rupanya panas tidak sampai ke petang, hujan ditengah hari.Beberapa tindakan PakLah selepas mandat besar itu telah mencetus kontrovesi dan kritikan.PakLah telah cuba mengurangkan penekanan kepada sektor industri,sebaliknya cuba mengembangkan sektor tani.Tindakan ini telah menimbulkan keresahan kepada kontraktor-kontraktor samada kontraktor kecil atau besar.
Tindakan PakLah membatalkan beberapa projek mega yang ditinggalkan oleh Mahathir telah menimbulkan kemarahan Mahathir sendiri.PakLah telah menjadi musuh utama Mahathir.Mahathir sendiri membuka gelanggang menghetam PakLah.Mahathir amat marah kepada PakLah terutamanya isu pembatalan jambatan bengkok.Mahathir juga amat marah kerana PakLah terlalu berlembut dengan Singapura berhubung pembatalan jambatan bengkok ini.
Silap paling besar PakLah ialah apabila membenarkan campurtangan anak dan menantunya dalam urusan pentadbiran kerajaan.PM-PM sebelum ini ada anak dan ada menantu.Tetapi anak dan menantu itu tidak mencampuri urusan bapa dan mertua mereka.Mungkin kerana PakLah hanya memiliki hanya seorang anak lelaki dan menantu lelaki menyebabkan beliau terlalu cenderung kepada mereka berdua.Walaupun cuba dinafikan PakLah tetapi umum telah mengetahuinya.PakLah dilihat tidak berwibawa dan amat lemah.
Mahathir amat kecewa dengan sikap PakLah ini.Rasa kecewanya tidak dapat disembunyikan lagi sehingga beliau seolah-olah menyesal menyerahkan kuasa kepada PakLah.Mahathir sebenarnya mahukan Najib.Mahathir mahu PakLah meletak jawatan PM namun tidak dihiraukan PakLah.Kemuncaknya Mahathir isytihar keluar Umno dan mengatakan tidak akan kembali kedalam Umno selagi PakLah tidak letak jawatan.PakLah tidak letak jawatan juga tetapi Mahathir telah kembali semula kononnya untuk perpaduan parti.
Aktifnya Anwar dalam politik negara amat merisaukan musuh-musuhnya termasuklah PakLah.Rakyat Permatang Pauh telah memberi isyarat yang jelas bahawa PakLah dan BN sudah tidak releven lagi.Rakyat mahukan perubahan.Rakyat mahukan pemimpin yang kuat dan berwibawa.Rakyat sudah muak dengan kerajaan yang rasuah,salah guna kuasa dan merompak harta negara untuk memperkayakan suku-sakat.