Banner 728 x 90

Tuesday, October 21, 2008

Penat Melayani Mat Bangla


Sejak lebih seminggu yang lalu aku sudah kembali sibuk dengan kerja-kerja kontrak aku.Selain kena sambung kembali kerja-kerja yang ditangguhkan kerana cuti raya,projek baru pun dah dimulakan.Suasana kelam-kabut sikit tapi masih terkawal.Aku pun terpaksa menambah ahli 'group' kerja sesuai dengan bebanan kerja yang ada.Ditambah dengan tempoh kontrak yang semakin singkat,masa kerja aku pun terpaksa dipanjangkan.Mula kerja pukul 8 pagi,berakhir kadang-kadang hingga awal pagi keesokannya.Sungguh meletihkan tapi apakan daya sudah menjadi tanggungjawab.Tanggungjawab kepada kontrak yang ditandatangani dan juga tanggungjawab sosial.Tanggungjawab sosial kerana aku buat sekolah.Ada sekolah yang baru,ada hanya bangunan tambahan kepada sekolah yang sedia ada.

Aku bertambah penat kerana terpaksa melayani karenah 7 orang pekerja Banglaku.Jika sebelum raya dulu aku hanya ada 2 Mat Bangla,tapi sekarang aku dah tambah 5 lagi.Melayani 'Bangla Man' ini mengembalikan memoriku ketika aku mengajar dulu.Ketika mengajar dulu,ada kursus kemahiran yang hanya dikhususkan untuk pelajar-pelajar yang tidak boleh ambil Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM).Kursus ini untuk pelajar-pelajar yang mendapat Gred E dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran(SRP).Pelajar-pelajar yang paling lemah.Lemah dalam berfikir juga lemah dalam tindakan.Begitulah juga dengan 'Bangla Man'.

Sebelum ini aku tak pernah mengambil Mat Bangla bekerja.Jadi aku tidak memahami budaya hidup dan budaya kerja mereka lagi.Aku cuma dapat maklumat dari kawan-kawan yang pernah berurusan dengan mereka ini.Betullah kata mereka,sungguh memeningkan kepala.Mereka lemah daya fikir dan tiada kreativiti.Semuanya tunggu arahan.Tiada arahan maka tiada kerjalah bagi mereka.Jika mereka buat kerja pun bukan boleh dilepaskan.Mesti kena tunggu.Jika tidak ditunggu kerja belum tentu siap atau lain yang dibuatnya.

Apa puncanya mereka begitu naif aku tak tahu.Mungkin mereka datang dari pendalaman dan belum terdedah dengan kerja-kerja binaan.Mereka sukar bekerja kerana masih belum mengenali bahan-bahan dan peralatan-peralatan dalam industri binaan.Mungkin juga faktor bahasa menyebabkan komukasi lemah.Bila komunikasi lemah arahan tidak difahami.Tapi bagi yang sudah boleh berbahasa melayu atau Inggeris macam itu juga.Masih juga lembab.Mungkin juga himpitan hidup menyebabkan mereka menjadi rendah diri dan lemah berfikir.

Walau bagaimanapun mereka ada semangat bekerja.Mereka menghormati arahan dan melakukan apa yang diarahkan.Mereka tidak banyak membantah.Mereka tidak cerewet.Mereka boleh duduk dan tidur di mana-mana sahaja.Mereka sedia bekerja dalam apa jua keadaan jika diarahkan.Mereka juga sedia pergi ke mana-mana untuk bekerja.

Beberapa sifat dan kriteria positif itulah boleh melegakan sedikit penat ini. Namun aku masih penat.Aku tak terdaya sehingga nak siapkan artikel ini mengambil masa dua hari.Penatnya aku dengan karenah Mat Bangla.

No comments: