Banner 728 x 90

Sunday, September 14, 2008

Ghairah 916-Silap ke Cikgu Pa?


Ketika tulisan ini dibuat iaitu 14hb.September 2008,tinggal dua dari sahaja lagi tarikh yang dinanti-nantikan akan menjelma.Tanggal 16 September yang dikatakan akan mencipta satu lagi sejarah negara.Tapi malang 16 September pasti akan datang tetapi sejarah yang ditunggu-tunggu tidak akan tercipta.Maknanya tidak akan ada pertukaran kerajaan pada 16 September nanti.Ini telah dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.Sila rujuk dalam blog DSAI dan juga mana-mana media online.Tarikh baru pembentukan kerajaan baru itu(jika akan berlaku) masih belum ditetapkan lagi.Kegagalan pembentukan kerajaan baru ini disebabkan beberapa masalah,diantaranya ialah keadaan politik dalam negara sekarang terlalu gawat.Kerajaan BN sedang mengamuk dengan senjata ISAnya.Setakat ini sudah 3 orang ditahan iaitu Raja Petra,Teressa Kok dan Tan Hoon Cheng(telah dibebaskan).Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,YB Salahuddin Ayub,ramai lagi akan ditangkap.Namun Syed Hamid Albar menyatakan tiada lagi akan ditangkap.Diantara faktornya juga ialah seramai 49 orang ahli parlimen BN telah dibawa ke Taiwan kononnya untuk lawatan sambil belajar.PKR telah menghantar 5 orang wakilnya ke sana dalam usaha berinteraksi dengan MP-MP tersebut.Khabarnya MP-MP tersebut telah keluar dari Taiwan secara tergesa-gesa kerana takutkan taufan yang akan melanda negara tersebut.Mungkin mereka bimbang taufan itu akan meranapkan Malaysia(baca kerajaan BN).Sejak isu 16 September(916) ini timbul,terlalu banyak pro dan kontra dilontarkan terutama melalui lidah rasmi parti masing-masing dan juga web-web altenatif serta blog-blog.Berbagai pandangan dan analisis diberikan.Yang pro bermati-matian mempertahankan 916 akan berlaku.Manakala yang kontra agak sedikit sangsi dengan kejayaan 916 itu.Yang nyata 916 akan menjelma dan berlalu pergi tanpa apa-apa kejutan.Saya bukanlah seorang penulis.Bukan juga penganalisis politik.Bukan juga aktivis PAS,hanyalah seorang buruh kasar PAS sahaja.Saya telah lama mengikuti web tranungkite ini kerana melaluinya saya dapat akses ke mana-mana web altenatif yang lain.Sebelum ini pun saya tidak berminat untuk mengulas atau memberi komen kepada artikel-artikel yang dikeluarkan di Tranungkite ini.Walaupun kadang-kadang saya tidak bersetuju dengan apa yang dituliskan itu.Tetapi sejak isu 916 ini menjadi perdebatan hebat,dan setelah kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Dato' Mustafa Ali(saya lebih selesa sebut Cikgu Pa) dalam temuramah untuk TVpas dan disiarkan juga dalam harakah bil1374,saya terpanggil juga untuk menulis.Sekadar meluahkan segala yang terbuku dihati,rasa kesal dan kecewa.Bukan kesal dan kecewa kepada Cikgu Pa tetapi kepada pengulas-pengulas yang ghairah dengan 916.Terlalu banyak ulasan-ulasan yang tidak bersetuju dengan Cikgu Pa.Walaupun Cikgu Pa telah menyatakan pandangan tersebut adalah pandangan peribadinya.Temuramah itupun saya rasa untuk mendapatkan pandangan peribadi Cikgu Pa.Tetapi pengulas-pengulas telah mengaitkan pandangan itu sebagai pandangan PAS.Lebih malang apabila telah melibatkan TG Nik Aziz sendiri dan juga YB Khalid Samad yang juga tidak bersetuju dengan Cikgu Pa.Apa yang mengecewakan saya,apabila mereka yang ghairah 916 ini,sanggup membuat tanggapan liar terhadap Cikgu Pa.Cikgu Pa telah menentang arus kehendak rakyat,jumud,kedaerahan,tidak terbuka minda,out of date,ada agenda peribadi dan banyak lagi kata nista dan penghinaan terhadap Cikgu Pa.Saya lebih kecewa apabila telah menyeret sama PAS Terengganu lantaran Cikgu Pa adalah Pesuruhjayanya.Malah seluruh kepimpinan PAS Terengganu termasuk TG Haji Hadi telah secara terbuka telah dihina dan diperlekehkan didalam ruangan forum tranungkite.Saya sedar bahawa Cikgu Pa adalah manusia biasa.Ada kelemahan dan kesilapannya.Tetapi beliau terlalu kaya dengan pengalaman politiknya.Kepada mereka yang ghairah 916,carilah maklumat tentang Cikgu Pa ini.Janganlah kerana ghairah 916,anda lupa sebenarnya anda masih berhingus dalam selok belok berpolitik(maaf,kata-kata ini bukan untuk TG Nik Aziz dan YB Khalid).Walaupun anda berhak untuk menulis tetapi cerminlah diri anda dahulu.Selidikkilah dahulu sebelum menulis.Tolonglah baca beberapa perenggan terakhir temuramah Cikgu Pa dalam harakah bil 1374.Betulkah tanggapan anda terhadap Cikgu Pa itu?Bagaimanakah seorang pemimpin PAS yang paling berhemah dan cermat ketika berceramah,berdiskusi,berforum dan berbicara ini boleh dilemparkan oleh tuduhan-tuduhan yang tidak berasas demikian rupa lantaran kerana terlalu ghairah 916?Walau apapun,sudah ternyata benar.916 akan menjelma tanpa apa-apa kejutan.Telahan Cikgu Pa adalah benar.Tinggalah lagi soal moral dan integriti.Soal lompat parti.Seperti kata Abang Mat Sabu, mahukah kita terima perkara yang kita tidak suka berlaku keatas kita?Namun saya rasa semua rakyat negara ini sedang menunggu-nunggu akan berlaku perubahan kerajaan melalui cara lompat parti ini.Kalau berlaku sudah pasti tercatat sejarah besar dalam negara.Malah didunia kerana tiada lagi mana-mana negara yang terbentuk melalui kaedah lompat parti.Sama-samalah kita tunggu.........

No comments: