Sudah lama aku tak updatekan blog aku ni.Dalam seminggu dua ni aku memang sibuk.Maklumlah aku ni hanyalah mat kontrak.Waktu kerja pun kadang-kadang tak menentu.Bekejar ke sana ke mari.
Sepanjang masa yang lompong itu,banyak peristiwa dalam negara telah berlaku.ISA telah naik minyak sekejap.Tiga orang telah jadi mangsa.Dua telah bebas iaitu Tan Hoong Cheng,wartawan Shin Chew Daily dan Teressa Kok,exco kerajaan Selangor dan MP Siputeh.Manakala Raja Petra telah dihantar ke kem tahanan Kemunting selama dua tahun.Yang menariknya ramai yang mengkritik penggunaan akta ISA yang celaka terhadap orang awam kali ini.Bantahan bukan hanya datang dari parti pembangkang,NGO dan individu-individu malah lahir dari kerajaan sendiri.Seorang ahli kabinet iaitu Datuk Zaid Kamaruddin menteri di Jabatan Perdana Menteri telah meletak jawatan kerana membantah tindakan kerajaannya sendiri.
Begitu juga dengan Tun Dr.Mahathir yang paling banyak mendapat jasa dari akta ISA itu pun turut membantah.Komponen BN sendiri,Parti Gerakan dan MCA juga turut membantah.Aku kira sudah ada keberanian oleh rakyat sendiri untuk membantah.Biar pun mungkin berani kerana atas kuasa pemerintah yang semakin lemah.
16 September pun dah berlalu.Sejarah memang tak tercatit.Kerajaan baru tak menjadi kenyataan.Masih dalam teka-teki.Politik negara makin membara.23 September juga berakhir tanpa sidang tergempar.Bilakah kerajaan PR akan terbentuk?Sama-samalah kita tunggu.
Barisan Nasional nampaknya semakin goyang.Akar-akarnya banyak yang goyang.Malah sudah ada yang tercabut.SAPP dah tercabut.Gerakan dan MCA pun turut goyang.Mungkin Gerakan akan tercabut sama.Yang paling cemas tunjangnya pun sudah bergoyang.UMNO sedang hebat bergoyang.Jika tunjangnya tumbang maka tumbanglah BN.Biarlah BN tumbang.Pokok kalau dah tua sangat akan tumbang juga.
Yang sedihnya parti PAS.Pemimpinnya sedang bercakaran.Begitu juga ahli-ahlinya.Semuanya kerana 16 September.Ada yang terlalu fanatik dan ghairah.Ada yang agak 'cool sikit.Masing-masing ingin ambil kesempatan menonjol diri.Maka berlakulah tembak menembak sana-sini.Malah ada pemimpin yang hambat rakan pimpinannya supaya lari ke UMNO hanya kerana rakannya itu sinis sikit terhadap 16 September.Seperti kata Azizi Hj Abdullah ada ahli-ahli PAS badan PAS tapi baju Keadilan.Aku rasa bukan sahaja baju tapi sudah ada jubah dan serban Keadilan.Seakan 16 September sudah jadi bala kepada PAS.Sepatutnya ia tidak berlaku lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini.Keadan ini sungguh memalukan parti yang dipimpin ulamak itu.Tetapi kenapa ikut berkecamuk juga.
No comments:
Post a Comment