Banner 728 x 90

Thursday, September 4, 2008

Luahan Nuraniku


Belum pernah dalam hidupku menyambut permulaan Ramadhan seperti tahun ini.Sehingga hari ini,aku berbuka di empat tempat yang berlainan.Pada hari pertama puasa, aku berbuka di Temerloh,Pahang.Hari yang kedua aku berbuka di Kemaman,Terengganu.Hari yang ketiga di Petaling Jaya,Selangor.Hari ini,hari yang keempat di Puchong,Selangor.

Begitu jugalah dengan tarawih.Malam pertama Ramadhan aku bertarawih di Kemaman.Malam kedua di Temerloh.Malam ketiga di Kemaman.Malam keempat di Petaling Jaya dan malam ini di Puchong.

Bukanlah tujuan aku nak mengwar-warkan puasa dan tarawih aku.Aku juga seperti umat Islam yang lain juga.Ingin mengambil kesempatan kemuliaan bulan ini.Tempat-tempat yang aku berkesempatan bertarawih itu pun masjidnya agak ramai juga pengunjungnya.Malah ada yang hampir penuh.Biasalah awal puasa.Masuk minggu kedua makin kuranglah.

Sebenarnya aku mempunyai jadual kerja yang agak sibuk sejak hujung minggu bulan Ogos lagi.Maklumlah kerja sendiri,buruh kontrak.Lagipun aku cuba nak bereskan kerja-kerja yang agak berat sebelum puasa.Aku tak mahu tengok anak buah tidak berpuasa kerana kerja-kerja berat itu.Apa kerja aku akan aku ceritakan lain kali.

Aku terpaksa berkejar-kejar dari Puchong ke Petaling Jaya, ke Banting dan ke Kelang.Terpaksa mempastikan keperluan-keperluan kerja mencukupi dan kerja-kerja berjalan lancar.Disamping itu memastikan juga kerja-kerja mengikut jadual kontrak.Takut 'delay'.

Kemudian pada hujung minggu baru-baru ini,sempena cuti merdeka,aku ambil peluang balik bercuti.Sejak harga minyak naik 70 sen dulu,aku lebih suka naik bas,lebih jimat.Lagi pun aku mahu rehat sikit.Tapi malangnya sampainya aku di Puduraya,semua tiket sudah habis.Mungkin ramai yang balik nak menyambut awal Ramadhan di kampung masing-masing.Maka terpaksalah aku memandu sendiri pulang ke Kemaman.Nak tempah tiket awal-awal,orang yang kerja macam aku ni susah sikit.Tak tau bila waktu habis kerja.

Ketika cuti itu juga,kebetulan anakku Muhammad Ammar yang kemalangan tempohari ada temujanji dengan hospital Temerloh.Aku juga sudah lima bulan menanggung keresahan dengan kecederaan yang dialaminya.Dialah satu-satunya yang aku ada.Berpandukan x-ray yang telah dibuat,doktor pakar memberitahu bahawa keadaannya sudah semakin pulih.Alhamdulillah,syukur kepada Allah SWT.

Aku rasa berita keadaan anakku itulah sahaja yang boleh menghilangkan segala kepenatan dan keletihanku semenjak kemalangan itu kira-kira 5 bulan yang lalu.Aku terlalu resah dan risau memikirkan tentang dirinya.Aku terlalu mengharapkan deritanya berakhir.




No comments: