Banner 728 x 90

Sunday, November 9, 2008

Bolehkah Bapa Kepada Anak-anak Ini Memimpin Kita?







































Terpulanglah kepada anda sekelian untuk mencari siapakah bapa kepada muda-mudi ini.Khabarnya mereka adalah anak-anak kepada pemimpin politik negara kita yang dikatakan ada akal budi dan jati diri yang tinggi.Soalnya apakah kita boleh percaya kepada orang yang menjadi bapa kepada muda-mudi ini untuk mengurus tadbir dan memegang amanah rakyat.
Fikir-fikirkanlah......








Monday, October 27, 2008

Fatwa Mufti Arab Saudi



Pena Pinggiran:Semuga kita mendapat sedikit ilmu daripada fatwa ini ketika kita menghadapi dunia IT yang serba canggih.

Tuesday, October 21, 2008

Penat Melayani Mat Bangla


Sejak lebih seminggu yang lalu aku sudah kembali sibuk dengan kerja-kerja kontrak aku.Selain kena sambung kembali kerja-kerja yang ditangguhkan kerana cuti raya,projek baru pun dah dimulakan.Suasana kelam-kabut sikit tapi masih terkawal.Aku pun terpaksa menambah ahli 'group' kerja sesuai dengan bebanan kerja yang ada.Ditambah dengan tempoh kontrak yang semakin singkat,masa kerja aku pun terpaksa dipanjangkan.Mula kerja pukul 8 pagi,berakhir kadang-kadang hingga awal pagi keesokannya.Sungguh meletihkan tapi apakan daya sudah menjadi tanggungjawab.Tanggungjawab kepada kontrak yang ditandatangani dan juga tanggungjawab sosial.Tanggungjawab sosial kerana aku buat sekolah.Ada sekolah yang baru,ada hanya bangunan tambahan kepada sekolah yang sedia ada.

Aku bertambah penat kerana terpaksa melayani karenah 7 orang pekerja Banglaku.Jika sebelum raya dulu aku hanya ada 2 Mat Bangla,tapi sekarang aku dah tambah 5 lagi.Melayani 'Bangla Man' ini mengembalikan memoriku ketika aku mengajar dulu.Ketika mengajar dulu,ada kursus kemahiran yang hanya dikhususkan untuk pelajar-pelajar yang tidak boleh ambil Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM).Kursus ini untuk pelajar-pelajar yang mendapat Gred E dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran(SRP).Pelajar-pelajar yang paling lemah.Lemah dalam berfikir juga lemah dalam tindakan.Begitulah juga dengan 'Bangla Man'.

Sebelum ini aku tak pernah mengambil Mat Bangla bekerja.Jadi aku tidak memahami budaya hidup dan budaya kerja mereka lagi.Aku cuma dapat maklumat dari kawan-kawan yang pernah berurusan dengan mereka ini.Betullah kata mereka,sungguh memeningkan kepala.Mereka lemah daya fikir dan tiada kreativiti.Semuanya tunggu arahan.Tiada arahan maka tiada kerjalah bagi mereka.Jika mereka buat kerja pun bukan boleh dilepaskan.Mesti kena tunggu.Jika tidak ditunggu kerja belum tentu siap atau lain yang dibuatnya.

Apa puncanya mereka begitu naif aku tak tahu.Mungkin mereka datang dari pendalaman dan belum terdedah dengan kerja-kerja binaan.Mereka sukar bekerja kerana masih belum mengenali bahan-bahan dan peralatan-peralatan dalam industri binaan.Mungkin juga faktor bahasa menyebabkan komukasi lemah.Bila komunikasi lemah arahan tidak difahami.Tapi bagi yang sudah boleh berbahasa melayu atau Inggeris macam itu juga.Masih juga lembab.Mungkin juga himpitan hidup menyebabkan mereka menjadi rendah diri dan lemah berfikir.

Walau bagaimanapun mereka ada semangat bekerja.Mereka menghormati arahan dan melakukan apa yang diarahkan.Mereka tidak banyak membantah.Mereka tidak cerewet.Mereka boleh duduk dan tidur di mana-mana sahaja.Mereka sedia bekerja dalam apa jua keadaan jika diarahkan.Mereka juga sedia pergi ke mana-mana untuk bekerja.

Beberapa sifat dan kriteria positif itulah boleh melegakan sedikit penat ini. Namun aku masih penat.Aku tak terdaya sehingga nak siapkan artikel ini mengambil masa dua hari.Penatnya aku dengan karenah Mat Bangla.

Friday, October 10, 2008

Sudah Begitu Nasibmu PakLah


Segala teka-teki sudah terjawab.PakLah dah umumkan keputusan tidak akan bertanding mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan bulan Mac nanti.PakLah juga mengumumkan akan menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Najib sebaik sahaja Najib memenangi jawatan presiden parti dalam pemilihan itu nanti.Itu pun jika Najib menang,jika kalah tunggulah apa pula senarionya.

Pengumuman PakLah itu memang ditunggu-tunggu oleh semua ahli Umno khususnya dan rakyat Malaysia amnya.Tidak kiralah samada yang berparti atau tidak.Bagi ahli-ahli Umno, samada pemimpin-pemimpin atasan atau ahli-ahli bawahan,rasanya keputusan PakLah itu,diterima dengan penuh gembira.Sebab itulah tidak ada drama airmata macam ketika Mahathir berundur dulu.Tiada esak tangis mengiringi keputusan PakLah.Jika ada hanyalah sepanduk sokongan supaya PakLah terus memimpin Umno dan kerajaan dari segelintir penyokong setianya sahaja.Tetapi dalam situasi sekarang,suara terus menyokong PakLah sudah menjadi terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.Semua ahli Umno amat gembira dengan keputusan itu.

Sebab itulah sekarang ,suara-suara sokongan sudah berubah kepada Najib.Samada dari ahli-ahli MT sendiri,perhubungan negeri,bahagian dan cawangan telah berani menyatakan sokongan secara terbuka kepada Najib.Memang sudah menjadi resam Umno.Mereka memuja pemimpin mereka ketika dipuncak kuasa sahaja.Apabila sesorang pemimpin itu berada dihujung kuasa atau sudah hilang kuasa,tiada lagi puja dan puji untuk mereka.Tiada lagi sanjungan melangit.Lebih-lebih lagi pemimpin yang bermasalah seperti PakLah.Kalau boleh mereka mahu menghambat PakLah dari tempatnya lebih cepat lagi.Tiada lagi kesetiaan.Betul kesetiaan kepada manusia bukanlah mutlak.Tetapi sudah menjadi resam ahli-ahli Umno,setia mereka dikala ada kuasa dan benda sahaja.

Ketika PakLah menerima kuasa daripada Mahathir Oktober 2003,negara berada dalam suasana gawat politik dan gawat ekonomi.PakLah terpaksa mengambil tanggung jawab mengembalikan keyakinan rakyat selepas kekalahan yang agak besar BN dalam PRU-11 pada tahun 1999.Kepincangan semasa rejim Mahathir seperti kes penganiyaan terhadap Anwar,amalan nepotisme,kronisme,salah guna kuasa,rasuah dan sebagainya perlu diperbetulkan oleh PakLah.
PakLah telah memulakan langkahnya dengan agak baik.Ucapan masyhurnya mengajak rakyat sama-sama bekerja dengannya bukan untuknya telah dijadikan ucapan keramat.Ucapan itu telah dipetik dan diulangsiar berulangkali di dalam media elektronik.Imej sopan santun PakLah diwar-warkan.PakLah seorang yang berbudi bahasa terhadap orang tuanya.PakLah seorang yang romantik.Sehingga kisah cintanya dengan arwah Hindun pun dikorek dan disebarkan.PakLah juga mampu menjadi imam sembahyang tidak seperti PM-PM sebelumnya.

Kesannya,PRU-12 tahun 2004 telah memberikan kemenangan yang besar kepada BN.Terengganu dapat ditawan kembali dan Kelantan hampir-hampir dapat ditumbangkan.Semua kerusi yang dimenangi pembangkang pada PRU-11 di Selangor,Pahang,Perak dan Kedah dapat dirampas kembali.Yang tinggal hanyalah beberapa kerusi tradisi Pas sahaja.PakLah telah mencipta rekod kerana telah mendapat sokongan melebihi 90%.Sokongan yang begitu besar belum pernah diperolehi oleh Perdana Menteri sebelumnya hatta Mahathir sendiri yang telah banyak berjasa kepada negara itu.

PakLah telah dianggap seperti dewa penyelamat negara.Tapi amat sayang,rupanya panas tidak sampai ke petang, hujan ditengah hari.Beberapa tindakan PakLah selepas mandat besar itu telah mencetus kontrovesi dan kritikan.PakLah telah cuba mengurangkan penekanan kepada sektor industri,sebaliknya cuba mengembangkan sektor tani.Tindakan ini telah menimbulkan keresahan kepada kontraktor-kontraktor samada kontraktor kecil atau besar.
Tindakan PakLah membatalkan beberapa projek mega yang ditinggalkan oleh Mahathir telah menimbulkan kemarahan Mahathir sendiri.PakLah telah menjadi musuh utama Mahathir.Mahathir sendiri membuka gelanggang menghetam PakLah.Mahathir amat marah kepada PakLah terutamanya isu pembatalan jambatan bengkok.Mahathir juga amat marah kerana PakLah terlalu berlembut dengan Singapura berhubung pembatalan jambatan bengkok ini.

Silap paling besar PakLah ialah apabila membenarkan campurtangan anak dan menantunya dalam urusan pentadbiran kerajaan.PM-PM sebelum ini ada anak dan ada menantu.Tetapi anak dan menantu itu tidak mencampuri urusan bapa dan mertua mereka.Mungkin kerana PakLah hanya memiliki hanya seorang anak lelaki dan menantu lelaki menyebabkan beliau terlalu cenderung kepada mereka berdua.Walaupun cuba dinafikan PakLah tetapi umum telah mengetahuinya.PakLah dilihat tidak berwibawa dan amat lemah.

Mahathir amat kecewa dengan sikap PakLah ini.Rasa kecewanya tidak dapat disembunyikan lagi sehingga beliau seolah-olah menyesal menyerahkan kuasa kepada PakLah.Mahathir sebenarnya mahukan Najib.Mahathir mahu PakLah meletak jawatan PM namun tidak dihiraukan PakLah.Kemuncaknya Mahathir isytihar keluar Umno dan mengatakan tidak akan kembali kedalam Umno selagi PakLah tidak letak jawatan.PakLah tidak letak jawatan juga tetapi Mahathir telah kembali semula kononnya untuk perpaduan parti.

Aktifnya Anwar dalam politik negara amat merisaukan musuh-musuhnya termasuklah PakLah.Rakyat Permatang Pauh telah memberi isyarat yang jelas bahawa PakLah dan BN sudah tidak releven lagi.Rakyat mahukan perubahan.Rakyat mahukan pemimpin yang kuat dan berwibawa.Rakyat sudah muak dengan kerajaan yang rasuah,salah guna kuasa dan merompak harta negara untuk memperkayakan suku-sakat.

Wednesday, October 8, 2008

Selamat Hari Raya IdulFitri








Dikesempatan ini Nurani Pinggiran ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yang telah disentuh dan tersentuh disepanjang posting yang telah lalu.Nurani Pinggiran rasakan masih tidak terlewat bagi kita untuk bermaaf-maafan di atas segala salah dan silap kita.Mohon maaf ini agak lewat Nurani Pinggiran 'post'kan kerana masalah teknikal yang dialami sejak beberapa hari sebelum raya sehinggalah seminggu raya berlalu.





Thursday, September 25, 2008

Mengapa Memaki Amil?



Amil yang dikatakan dimaki ketika bertugas di KL Sentral.

Metro semalam (25/09/08),ada menyiarkan seorang amil zakat kena maki oleh seorang wanita di KL Sentral.Menurut ceritanya wanita itu tidak puashati apabila permintaannya untuk diskaun zakatnya telah tidak dilayan oleh amil tersebut.Walaupun kes ini agak terpencil namun ia agak menarik.Seingat aku inilah kali pertama aku dengar cerita begini selama aku hidup dah lebih kurang 40 tahun.Aku tak tahulah perempuan itu betul-betul nak bayar zakat atau tidak.Mungkin dia ada masalah dan kemudian terjumpa dengan amil itu lalu menjadi mangsalah si amil itu.

Kesian amil tu..aku rasa jawatan amil tu bukan jawatan yang glamour.Bukan jawatan yang menjadi rebutan dan buruan.Walaupun amil mendapat bahagian daripada zakat yang dipungutnya kerana ada diperuntukkan dalam feqah,tetapi ianya tidak menjadi idaman orang ramai.Orang yang menerima tugas itu aku rasa bukanlah kerana diminta jawatan tersebut melainkan dia dilantik oleh pihak yang berwajid.Dia diberi tauliah oleh pihak berkuasa.Dia menerima tugas amil itu pun sebagai amal jariah sahaja bukan untuk cari makan.Ia menerimanya sebagai amanah agama.

Oleh itu malang sungguh si amil itu.Sudahlah menerima tugas yang bukan semua orang boleh sanggup,sebaliknya dimaki pula.Apa jenis manusia si perempuan itu.Mungkin dia tidak waras ketika itu atau mungkin juga dia tidak siuman.Kalau dia normal mungkin dia jahil.Tetapi dia masih tahu akan kewajipan zakat.Jika dia keliru tentang zakat itu,dia sepatutnya bertanya kepada orang yang arif tentang agama.Allah tidak membebankan setiap insan dengan apa yang dia tidak mampu dilakukan.Bukan dengan cara memaki tok amil.Semoga Allah membalas di atas kesabaran amil itu dengan amal soleh disisinya.

Wednesday, September 24, 2008

Ramadhan Yang Berkecamuk


Sudah lama aku tak updatekan blog aku ni.Dalam seminggu dua ni aku memang sibuk.Maklumlah aku ni hanyalah mat kontrak.Waktu kerja pun kadang-kadang tak menentu.Bekejar ke sana ke mari.
Sepanjang masa yang lompong itu,banyak peristiwa dalam negara telah berlaku.ISA telah naik minyak sekejap.Tiga orang telah jadi mangsa.Dua telah bebas iaitu Tan Hoong Cheng,wartawan Shin Chew Daily dan Teressa Kok,exco kerajaan Selangor dan MP Siputeh.Manakala Raja Petra telah dihantar ke kem tahanan Kemunting selama dua tahun.Yang menariknya ramai yang mengkritik penggunaan akta ISA yang celaka terhadap orang awam kali ini.Bantahan bukan hanya datang dari parti pembangkang,NGO dan individu-individu malah lahir dari kerajaan sendiri.Seorang ahli kabinet iaitu Datuk Zaid Kamaruddin menteri di Jabatan Perdana Menteri telah meletak jawatan kerana membantah tindakan kerajaannya sendiri.

Begitu juga dengan Tun Dr.Mahathir yang paling banyak mendapat jasa dari akta ISA itu pun turut membantah.Komponen BN sendiri,Parti Gerakan dan MCA juga turut membantah.Aku kira sudah ada keberanian oleh rakyat sendiri untuk membantah.Biar pun mungkin berani kerana atas kuasa pemerintah yang semakin lemah.

16 September pun dah berlalu.Sejarah memang tak tercatit.Kerajaan baru tak menjadi kenyataan.Masih dalam teka-teki.Politik negara makin membara.23 September juga berakhir tanpa sidang tergempar.Bilakah kerajaan PR akan terbentuk?Sama-samalah kita tunggu.

Barisan Nasional nampaknya semakin goyang.Akar-akarnya banyak yang goyang.Malah sudah ada yang tercabut.SAPP dah tercabut.Gerakan dan MCA pun turut goyang.Mungkin Gerakan akan tercabut sama.Yang paling cemas tunjangnya pun sudah bergoyang.UMNO sedang hebat bergoyang.Jika tunjangnya tumbang maka tumbanglah BN.Biarlah BN tumbang.Pokok kalau dah tua sangat akan tumbang juga.

Yang sedihnya parti PAS.Pemimpinnya sedang bercakaran.Begitu juga ahli-ahlinya.Semuanya kerana 16 September.Ada yang terlalu fanatik dan ghairah.Ada yang agak 'cool sikit.Masing-masing ingin ambil kesempatan menonjol diri.Maka berlakulah tembak menembak sana-sini.Malah ada pemimpin yang hambat rakan pimpinannya supaya lari ke UMNO hanya kerana rakannya itu sinis sikit terhadap 16 September.Seperti kata Azizi Hj Abdullah ada ahli-ahli PAS badan PAS tapi baju Keadilan.Aku rasa bukan sahaja baju tapi sudah ada jubah dan serban Keadilan.Seakan 16 September sudah jadi bala kepada PAS.Sepatutnya ia tidak berlaku lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini.Keadan ini sungguh memalukan parti yang dipimpin ulamak itu.Tetapi kenapa ikut berkecamuk juga.

Monday, September 15, 2008

Benarkah Cerita Ini?

Berikut aku postkan satu messasage yang dikatakan daripada pelajar Universiti Putra Malaysia(UPM).Aku tak pasti samada message ini adalah yang terbaru atau sebaliknya kerana isu ini sudah lama diperkatakan di UPM.Walauapa pun semuga menjadi renungan bersama.

ASSALAAMUALAIKUM semua.

Sahabat-sahabat sekalian! Berikut adalah berita terkini tentang suatu isu tergempar yang dapat kami ceritakan secara ringkas. Isu tergempar ini adalah berkenaan apa yang sedang berlaku di UPM tentang gerakan Missionaries (Kristianisasi) yang begitu giat bergerak. Kepada sesiapa yang pernah berkunjung ke UPM, pastinya anda akan sedar bahawa di pintu masuk UPM tersergamnya sebuah gereja! Inilah satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia yang mempunyai gereja. Apa yang lebih menyakitkan hati, lagi membimbangkan, gereja tersebut bakal diperbesarkan. Pada mulanya, gereja itu menerima peruntukan bernilaiRM 1 juta, namun mengikut perkembangan terbaru, peruntukan tersebut telah dinaikkan kepada RM3 juta! Inilah isu yang sedang kami tentang habis-habisan! Namun, sebaliknya pihak gereja sedang mengumpulkan tandatangan sebagai justifikasi terhadap gerakan yang kononnya dilakukan atas dasar ingin membantu golongan miskin, mangsa rogol, anak yatim dan sebagainya. Inilah salah satu perkara yang amat kami gusarkan..Kami sedang memikirkan penyelesaian yang terbaik buat waktu yang terdekat ini. Setakat ini, sudah terdapat lima kes pelajar Matrikulasi UPM menukar agama kepada Kristian! Dan apa yang malang , ke semuanya adalah pelajar Siswi. Apa yang lebih menyakitkan hati, para Missionariesyang menyebarkan dakyah Kristian ini menggunakan taktik kotor. Mereka menyelinap masuk ke dalam bilik asrama dan mencampurkan "holy water" ke dalam sebarang bekas air pelajar seperti jag air, flask, dan seumpamanya. Perkara di atas begitu serius, dan dilaporkan terdapat satu kes di mana sehingga ke semua anggota sebuah dorm tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah akibat terminum air yang di jerang di lobi (yang telah dicampurkan "holy water" oleh Missionaries laknatullah ini). Lantaran itu, para pelajar Islam di UPM ini sentiasa perlu berwaspada serta berasa amat cemas dan tidak selamat berdasarkan perkembangan terbaru ini. Kami, sesetengah pelajar UPM, terpaksa membuat rondaan malam, bagi mengesan dan menjejaki kegiatan Missionariesini dan seterusnya mengambil tindakan sendiri sekiranya pihak UPM tidak berbuat apa-apa bagi menangani hal ini. Berdasarkan pemantauan kami, terdapat satu kejadian di mana terdapat sebuah kereta Kancil berwarna merah, meronda kawasan Kolej beberapa kali sekitar tengah malam. Kereta tersebut dipandu lelaki tua berbangsa Tionghua berkepala botak, manakala di sebelahnya pula duduk seorang perempuan tidak bertudung kepala. Jika tidak memikirkan akan berlakunya huru-hara, mahu sahaja kami bakar gereja tersebut (jika diturutkan hati kami yang marah ini). Kepada para pembaca, tolonglah doakan sekali akan keselamatan kami dan para pelajar Islam UPM yang lain. Dan doakanlah pelajar-pelajar yang telah memeluk agama Kristian itu kembali ke pangkal jalan.Baru semalam kami mengadakan program solat hajat secara beramai-ramai di Kolej. Namun begitu, apa yang lebih menyedihkan, kami tidak mampu berbuat apa-apa bersifat "offensive" terhadap perkara ini. Kesemua pelajar yang telah menukar agama itu sudah pasti telah melebihi had umur 18 tahun. Jadi, mengikut undang-undang negara kita, mereka bebas memilih agama masing-masing dan sebaliknya orang yang memaksa mereka kembali kepada agama Islam boleh didakwa! Ikhtiar kami yang terakhir ialah dengan berbanyak-banyak berdoa kepada Allah SWT agar Allah menyelamatkan kami daripada fitnah besar ini. Kami tidak sanggup melihat pada sesi pengajian akan datang, para pelajar junior kami terdiri daripada Melayu Kristian! Doa kalian juga amat-amat kami harapkan. Sedih benar rasanya apabila mengenangkan ini. Semoga berjumpa lagi.

Pena Pinggiran:Jika berita ini benar,amat malang,berhati-hatilah wahai adik-adikku di Universiti Putra Malaysia khususnya dan anak muda kita di Malaysia amnya.Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani(Kristian) akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan kita semua sehingga kita akan mengikut mereka.Nauzibillah.

Sunday, September 14, 2008

Ghairah 916-Silap ke Cikgu Pa?


Ketika tulisan ini dibuat iaitu 14hb.September 2008,tinggal dua dari sahaja lagi tarikh yang dinanti-nantikan akan menjelma.Tanggal 16 September yang dikatakan akan mencipta satu lagi sejarah negara.Tapi malang 16 September pasti akan datang tetapi sejarah yang ditunggu-tunggu tidak akan tercipta.Maknanya tidak akan ada pertukaran kerajaan pada 16 September nanti.Ini telah dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.Sila rujuk dalam blog DSAI dan juga mana-mana media online.Tarikh baru pembentukan kerajaan baru itu(jika akan berlaku) masih belum ditetapkan lagi.Kegagalan pembentukan kerajaan baru ini disebabkan beberapa masalah,diantaranya ialah keadaan politik dalam negara sekarang terlalu gawat.Kerajaan BN sedang mengamuk dengan senjata ISAnya.Setakat ini sudah 3 orang ditahan iaitu Raja Petra,Teressa Kok dan Tan Hoon Cheng(telah dibebaskan).Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,YB Salahuddin Ayub,ramai lagi akan ditangkap.Namun Syed Hamid Albar menyatakan tiada lagi akan ditangkap.Diantara faktornya juga ialah seramai 49 orang ahli parlimen BN telah dibawa ke Taiwan kononnya untuk lawatan sambil belajar.PKR telah menghantar 5 orang wakilnya ke sana dalam usaha berinteraksi dengan MP-MP tersebut.Khabarnya MP-MP tersebut telah keluar dari Taiwan secara tergesa-gesa kerana takutkan taufan yang akan melanda negara tersebut.Mungkin mereka bimbang taufan itu akan meranapkan Malaysia(baca kerajaan BN).Sejak isu 16 September(916) ini timbul,terlalu banyak pro dan kontra dilontarkan terutama melalui lidah rasmi parti masing-masing dan juga web-web altenatif serta blog-blog.Berbagai pandangan dan analisis diberikan.Yang pro bermati-matian mempertahankan 916 akan berlaku.Manakala yang kontra agak sedikit sangsi dengan kejayaan 916 itu.Yang nyata 916 akan menjelma dan berlalu pergi tanpa apa-apa kejutan.Saya bukanlah seorang penulis.Bukan juga penganalisis politik.Bukan juga aktivis PAS,hanyalah seorang buruh kasar PAS sahaja.Saya telah lama mengikuti web tranungkite ini kerana melaluinya saya dapat akses ke mana-mana web altenatif yang lain.Sebelum ini pun saya tidak berminat untuk mengulas atau memberi komen kepada artikel-artikel yang dikeluarkan di Tranungkite ini.Walaupun kadang-kadang saya tidak bersetuju dengan apa yang dituliskan itu.Tetapi sejak isu 916 ini menjadi perdebatan hebat,dan setelah kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Dato' Mustafa Ali(saya lebih selesa sebut Cikgu Pa) dalam temuramah untuk TVpas dan disiarkan juga dalam harakah bil1374,saya terpanggil juga untuk menulis.Sekadar meluahkan segala yang terbuku dihati,rasa kesal dan kecewa.Bukan kesal dan kecewa kepada Cikgu Pa tetapi kepada pengulas-pengulas yang ghairah dengan 916.Terlalu banyak ulasan-ulasan yang tidak bersetuju dengan Cikgu Pa.Walaupun Cikgu Pa telah menyatakan pandangan tersebut adalah pandangan peribadinya.Temuramah itupun saya rasa untuk mendapatkan pandangan peribadi Cikgu Pa.Tetapi pengulas-pengulas telah mengaitkan pandangan itu sebagai pandangan PAS.Lebih malang apabila telah melibatkan TG Nik Aziz sendiri dan juga YB Khalid Samad yang juga tidak bersetuju dengan Cikgu Pa.Apa yang mengecewakan saya,apabila mereka yang ghairah 916 ini,sanggup membuat tanggapan liar terhadap Cikgu Pa.Cikgu Pa telah menentang arus kehendak rakyat,jumud,kedaerahan,tidak terbuka minda,out of date,ada agenda peribadi dan banyak lagi kata nista dan penghinaan terhadap Cikgu Pa.Saya lebih kecewa apabila telah menyeret sama PAS Terengganu lantaran Cikgu Pa adalah Pesuruhjayanya.Malah seluruh kepimpinan PAS Terengganu termasuk TG Haji Hadi telah secara terbuka telah dihina dan diperlekehkan didalam ruangan forum tranungkite.Saya sedar bahawa Cikgu Pa adalah manusia biasa.Ada kelemahan dan kesilapannya.Tetapi beliau terlalu kaya dengan pengalaman politiknya.Kepada mereka yang ghairah 916,carilah maklumat tentang Cikgu Pa ini.Janganlah kerana ghairah 916,anda lupa sebenarnya anda masih berhingus dalam selok belok berpolitik(maaf,kata-kata ini bukan untuk TG Nik Aziz dan YB Khalid).Walaupun anda berhak untuk menulis tetapi cerminlah diri anda dahulu.Selidikkilah dahulu sebelum menulis.Tolonglah baca beberapa perenggan terakhir temuramah Cikgu Pa dalam harakah bil 1374.Betulkah tanggapan anda terhadap Cikgu Pa itu?Bagaimanakah seorang pemimpin PAS yang paling berhemah dan cermat ketika berceramah,berdiskusi,berforum dan berbicara ini boleh dilemparkan oleh tuduhan-tuduhan yang tidak berasas demikian rupa lantaran kerana terlalu ghairah 916?Walau apapun,sudah ternyata benar.916 akan menjelma tanpa apa-apa kejutan.Telahan Cikgu Pa adalah benar.Tinggalah lagi soal moral dan integriti.Soal lompat parti.Seperti kata Abang Mat Sabu, mahukah kita terima perkara yang kita tidak suka berlaku keatas kita?Namun saya rasa semua rakyat negara ini sedang menunggu-nunggu akan berlaku perubahan kerajaan melalui cara lompat parti ini.Kalau berlaku sudah pasti tercatat sejarah besar dalam negara.Malah didunia kerana tiada lagi mana-mana negara yang terbentuk melalui kaedah lompat parti.Sama-samalah kita tunggu.........

Saturday, September 13, 2008

Inilah Kerja Aku

Kerja-kerja mendirikan tiang


Tiang dipasang 'prop' dan di'grout'

Memasang 'beam'


Memasang 'hollowcore slab'(HCS)


Menutup sambungan 'hollowcore slab'


Mendirikan 'roof column'

Memasang 'roof beam'


Struktur bangunan yang telah siap dipasang
Aku dan pasukan kerja aku
Kepada sesiapa yang berminat mendapatkan khidmat aku,bolehlah hubungi:
No.Tel:019-9567655(ZUL)







Tuesday, September 9, 2008

UMNO Memang Parti Perkauman Pun











Awat hang cakap macam tu...Mad.Hang tak buleh cakap macam tu....









Bye...bye Gerakan...Bye..bye MCA....semoga kau bahagia disamping sidia....








Menurut laporan akhbar hari ni,Gerakan dah putuskan hubungan dengan Umno Pulau Pinang.MCA pun mungkin akan ambil tindakkan yang sama.Gerakan rasa kecewa dengan kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera,Datuk Ahmad Said,ketika kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh tempohari.Datuk Ahmad Said kata,orang Cina di negara hanyalah pendatang.Oleh itu tak boleh tuntut hak yang sama dengan orang melayu.
Walaupun Datuk Ahmad Said kata kenyataan itu adalah pandangan peribadinya hakikatnya begitulah mentaliti ahli-ahli parti yang berasaskan kaum.Pemimpin-pemimpin Umno tak perlulah nafikan.Memang Umno parti perkauman.Sama sahaja dengan Gerakan dan MCA serta MIC perkauman juga.Parti-parti ini semuanya perjuangkan hak kaum masing-masing(betul ke? atau untuk kepentingan peribadi pimpinan masing-masing?).
Cubalah ikuti perhimpunan tahunan parti-parti itu.Berdegar-degar dan berapi-api cakap membela kaum masing-masing.Lebih-lebih lagi dalam program-program tertutup parti.Lagi dahsyat.Meremang bulu roma mendengarnya.Jadi itulah hakikatnya wahai parti-parti perkauman ini.
Apabila Gerakan atau MCA yang buat kenyataan menyentuh kononnya kepentingan melayu,Umno yang tersinggung.Sudah banyak kali semenjak parti-parti ini dikahwinkan secara paksa.Nampak rumahtangga mereka ini teguh dan mewah tetapi penuh dengan curiga dan mencurigai.Selamanya mereka ini tidak akan berpuas hati.
Sekarang ini Gerakan,MCA,MIC dan mungkin banyak lagi komponen yang lain sudah tawar hati dengan Umno.Mereka sudah ingin bercerai.Langkahnya dimulai oleh Gerakan.Mungkin akan diikuti oleh MCA dan parti-parti yang lain pula.Maka mahukah Umno menceraikannya?Sama-samalah kita menunggu dan melihatnya.

Sunday, September 7, 2008

Berhati-hatilah Dengan Kurma Ini












Khabarnya Berita Harian Singapura ada mendedahkan bahawa kurma di atas adalah keluaran Israel.Ia bukan dikeluarkan oleh Jordan walaupun jenamanya Jordan River.Ia ditanam di satu kawasan ladang yang luas terletak di bahagian timur Israel bersempadan dengan Palestin.Ladang ini dimiliki oleh seorang Yahudi yang kaya.Ramai pekerjanya adalah orang-orang Yahudi.Manakala hasil jualan kurma tersebut digunakan untuk mengisi tabung orang-orang Yahudi.
Di rantau ini,kurma tersebut diimport dan dikotakkan di Singapura tetapi diedarkan di Malaysia.
Sebagaimana telah kita ketahui bahawa negara Israellah yang telah mengzalimi rakyat Palestin sejak lebih 60 tahun lalu.Mereka telah mengusir rakyat Palestin dari tanahair mereka.Mereka tanpa belas kasihan telah membunuh berjuta rakyat Palestin.
Oleh itu,sebagai menunjukkan rasa simpati kita terhadap saudara kita rakyat Palestin.marilah kita memulaukan kurma tersebut.Janganlah kita bersekongkol dengan bangsa laknat itu secara tidak langsung membunuh dan menganiayai saudara seagama kita rakyat Palestin.

Thursday, September 4, 2008

Luahan Nuraniku


Belum pernah dalam hidupku menyambut permulaan Ramadhan seperti tahun ini.Sehingga hari ini,aku berbuka di empat tempat yang berlainan.Pada hari pertama puasa, aku berbuka di Temerloh,Pahang.Hari yang kedua aku berbuka di Kemaman,Terengganu.Hari yang ketiga di Petaling Jaya,Selangor.Hari ini,hari yang keempat di Puchong,Selangor.

Begitu jugalah dengan tarawih.Malam pertama Ramadhan aku bertarawih di Kemaman.Malam kedua di Temerloh.Malam ketiga di Kemaman.Malam keempat di Petaling Jaya dan malam ini di Puchong.

Bukanlah tujuan aku nak mengwar-warkan puasa dan tarawih aku.Aku juga seperti umat Islam yang lain juga.Ingin mengambil kesempatan kemuliaan bulan ini.Tempat-tempat yang aku berkesempatan bertarawih itu pun masjidnya agak ramai juga pengunjungnya.Malah ada yang hampir penuh.Biasalah awal puasa.Masuk minggu kedua makin kuranglah.

Sebenarnya aku mempunyai jadual kerja yang agak sibuk sejak hujung minggu bulan Ogos lagi.Maklumlah kerja sendiri,buruh kontrak.Lagipun aku cuba nak bereskan kerja-kerja yang agak berat sebelum puasa.Aku tak mahu tengok anak buah tidak berpuasa kerana kerja-kerja berat itu.Apa kerja aku akan aku ceritakan lain kali.

Aku terpaksa berkejar-kejar dari Puchong ke Petaling Jaya, ke Banting dan ke Kelang.Terpaksa mempastikan keperluan-keperluan kerja mencukupi dan kerja-kerja berjalan lancar.Disamping itu memastikan juga kerja-kerja mengikut jadual kontrak.Takut 'delay'.

Kemudian pada hujung minggu baru-baru ini,sempena cuti merdeka,aku ambil peluang balik bercuti.Sejak harga minyak naik 70 sen dulu,aku lebih suka naik bas,lebih jimat.Lagi pun aku mahu rehat sikit.Tapi malangnya sampainya aku di Puduraya,semua tiket sudah habis.Mungkin ramai yang balik nak menyambut awal Ramadhan di kampung masing-masing.Maka terpaksalah aku memandu sendiri pulang ke Kemaman.Nak tempah tiket awal-awal,orang yang kerja macam aku ni susah sikit.Tak tau bila waktu habis kerja.

Ketika cuti itu juga,kebetulan anakku Muhammad Ammar yang kemalangan tempohari ada temujanji dengan hospital Temerloh.Aku juga sudah lima bulan menanggung keresahan dengan kecederaan yang dialaminya.Dialah satu-satunya yang aku ada.Berpandukan x-ray yang telah dibuat,doktor pakar memberitahu bahawa keadaannya sudah semakin pulih.Alhamdulillah,syukur kepada Allah SWT.

Aku rasa berita keadaan anakku itulah sahaja yang boleh menghilangkan segala kepenatan dan keletihanku semenjak kemalangan itu kira-kira 5 bulan yang lalu.Aku terlalu resah dan risau memikirkan tentang dirinya.Aku terlalu mengharapkan deritanya berakhir.




Sunday, August 31, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan

Berikut aku turunkan petikan perutusan sempena kedatangan Ramadhan oleh Presiden Parti Pas,Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Semuga menjadi renungan untuk kita bersama:


Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.
"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)
Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.
Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.
Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

-Presiden PAS.

Saturday, August 30, 2008

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-51







Mungkin dialog Senyum Kambing di bawah perlu kita fikirkan.Apakah kita telah merdeka dalam ertikata yang sebenarnya.






Friday, August 29, 2008

Sekadar Tolong Sebarkan

Berikut aku turunkan segala butiran yang masuk ke dalam peti mail aku tanpa sebarang tokok tambah.Oleh itu sesiapa yang terjumpa gadis ini,tolonglah berikan maklumat kepada ahli keluarganya sebagaimana yang dituliskan di bawah ini.



Assalammualaikum. ..

Minta kawan2 semua tolong forwardkan gambar adik sahabat saya kepada rakan2 yg lain.

Adik rakan saya ini telah dilarikan seorang lelaki dipercayai dipukau. Adiknya telah menghilangkan diri semenjak hari Rabu, 20-Aug. Report Polis telah dibuat. Disyaki berada di kawasan Johor, Pulau Pinang atau Kedah.

Nombor kereta MyVi silver adik perempuan, ialah JKH 5380.
Nombor kereta Wira (coklat atau kelabu) lelaki CBL 7772. IC # 790217-01-5299.

Kalau ada apa-apa maklumat, sila hubungi kakak atau abang beliau :

kakak : 019-277 9275 (
Rafidah.Ahmad@ my.flextronics. com)
abang : 012-291 9274

Gambar lelaki tu tak ada dalam simpanan. Walaubagaimanapun sesiapa yang mungkin mengenali lelaki itu melalui nombor kereta atau ic mintak la tolong sesangat hubungi nombor telefon di atas. Ataupun sesiapa yang mempunyai pengalaman kehilangan orang tersayang, tolong la sha re bagaimana cara atau ada sesiapa yang boleh kita temui untuk meminta pertolongan. .

Terima kasih.

Wednesday, August 27, 2008

Gambar-Gambar Ketika Pengumuman Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

Penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat meraikan kemenangannya di Institut Perguruan Tuanku Bainun.


Penyokong PKR menanti keputusan rasmi di Institut Perguruan Tuanku Bainun sambil dikawal ketat pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).


Saat gembira penyokong PKR selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.


Penyokong setia PKR berkumpul di Institut Perguruan Tuanku Bainun bagi menunggu keputusan rasmi SPR.
Sumber:mstar online.








Tuesday, August 26, 2008

Malaysia Baru Makin Hampir


Segala-galanya sudah berakhir.Keputusan telah diperolehi.Anwar telah menang dengan majoriti 15671 undi lebih besar daripada majoriti Wan Azizah pada pilihanraya umum yang lalu.Selamat kembali Anwar ke parlimen.Apakah perjalanan ke Putrajaya juga sudah hampir?Tunggulah tarikh 16 september sebagaimana yang diwar-warkan oleh Anwar sendiri.
Walau apapun harapan kita semoga Anwar dapat menggegarkan parlimen dengan agenda rakyatnya dan agenda menentang rasuahnya.Maka akan bertemulah buku dengan ruas.
Tahniah buat Datuk Seri Anwar Ibrahim.Lawan Tetap Lawan.

Monday, August 25, 2008

Syabas Tuan Imam Ramlang Porigi




Ramlang Porigi, imam yang menjadi saksi Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan 15 Ogos lalu, muncul di khalayak umum tiga kali malam tadi di Permatang Pauh ketika kempen pilihan raya kecil masuk buat hari yang kesembilan. Dalam ketiga-tiga kemunculan itu beliau, seorang kakitangan kerajaan, ahli Pemuda Umno dan pengundi di Permatang Pauh menegaskan, sumpah mubahalah dibuat Saiful adalah tidak sah. Beliau menyatakan bahawa beliau telah diarahkan menghadiri majlis berkenaan. Majlis itu telah diaturkan oleh orang lain yang kebetulan pada ketika itu beliau baru sahaja menikahkan orang. Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengakuan imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Poriti, yang menjadi saksi sumpah laknat Mohd Saiful Bukharii Azlan di sini malam tadi sebagai bukti terbaru wujudnya konspirasi politik untuk menjatuhkan beliau.
dipetik dari:tranungkite
Pena Pinggiran:Pena Pinggiran memohon ampun dan maaf kepada Tuan Imam Ramlang kerana memberikan ulasan yang agak sinis kepada beliau dalam posting yang lalu.

Saturday, August 23, 2008

Dedikasi Untuk Muhammad Ammar

































Keceriaan dan kegembiraanmu telah diambil oleh Allah buat seketika.Allah mengujimu dengan kesakitan dan kepedihan buat seketika mungkin penuh dengan hikmahnya.Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui akan hikmahnya.Allah jugalah akan mengembalikan semula sinar kegembiraan dan kebahagian diatas segala kepedihan ini......