Aku tak faham.Macam mana seorang yang terlibat dengan skandal seks boleh menang dan jadi Presiden Parti MCA.Skandal seks itu mungkin didedahkan dulu oleh musuh-musuh politiknya.Tujuannya untuk mengaibkan dan menjatuhkan karea politiknya.Dia pun mengaku yang lelaki dalam video seks itu adalah dirinya.Ketika itu dia Menteri kesihatan dan Timbalan Presiden MCA.Ekoran terdedahnya skandal itu dia meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Labis,Menteri Kesihatan dan Timbalan Presiden MCA. Skandal seks itu terdedah pada tahun 2008.Ekoran skandal itu juga EGM MCA diadakan pada 10 oktober 2009 untuk mengambil ketetapan membuang keahliannya dari MCA dan memecat jawatan Timbalan Presiden MCA yang disandangnya. Dia telah gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden tetapi perwakilan telah memilih mengekalkan keahlian MCAnya.Namun pengaruhnya dalam MCA dilihat masih kuat.
Selepas itu dia menyepi seketika.Namun MCA terus dilanda tsunami.Kapalnya hampir karam.Berbagai usaha,cadangan dan formula telah dikemukakan untuk menyelamatkanya.Tetapi tidak berhasil malah makin parah.Akhirnya pemilihan semula telah diadakan pada 28 Mac 2010.Berlaku pertandingan tiga penjuru diantara dia,Ong Ka Ting dan Ong Tee Keat.Keputusannya dia telah menang dengan lebihan 68 undi.
Persoalannya apa sudah jadi dengan jatidiri dan akal budi orang-orang politik Malaysia.Tidak kiralah Melayu,Cina,India,Iban atau Kadazan.Suasananya nampak sama sahaja.Berlakulah apapun dalam kepimpinan parti mereka seperti skandal sex,rasuah,penyelewengan,fitnah memfitnah dan cantas mencantas.Sedikit pun tidak memberi bekas.Malah makin gah ditampuk kekuasaan.
Kita terlalu jauh ketinggalan berbanding dengan cara berpolitik negara-negara maju.Rakyat mereka dan pemimpin mereka terlalu sensitif dengan prinsip pertanggungjawaban.Jika berlaku skandal dan penyelewengan,bila terdedah,rakyat mereka bangkit.Pemimpin-pemimpin yang terlibat tidak mengambil masa yang lama untuk berundur.Samada mereka bersalah atau tidak,tetapi imej mereka tercalar.Mereka merasakan mereka tidak layak berada di situ.Rakyat mereka juga tidak mahu mereka terus berada di situ.
Berbeza dengan orang politik dalam negara kita.Apabila terdedah skandal dan penyelewengan mereka,bermati-matian mereka pertahankan diri dan jawatan mereka.Rakyat tidak kisah dan tidak ambil peduli.Mereka berpegang kepada prinsip perundangan,seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti yang mereka itu bersalah.Yang boleh membuktikan mereka bersalah ialah mahkamah. Sedikit pun mereka tidak merasa busuk dengan najis yang dilemparkan kepada mereka.Jika mahkamah tidak mendakwa atau menghukum mereka,maka selamatlah mereka.Kemudian bila mereka bertanding dalam pemilihan parti atau pilihanraya umum,ahli-ahli parti atau rakyat masih tetap memilih mereka.
Ada orang berpendapat,mungkin ahli-ahli parti mereka dan rakyat boleh menerima pemimpin-pemimpin seperti ini mengenangkan jasa mereka kepada parti dan negara.Maka ahli-ahli parti atau rakyat sanggup mengenepikan soal-soal peribadi itu.Malah ada yang sanggup katakan bahawa Tuhan akan ampunkan dosa-dosa pemimpin kerana besarnya jasa mereka kepada negara.
Jika beginilah minda politik kita,maka berlakulah seperti yang telah dan sedang berlaku.Jika inilah minda politik kita,sebenarnya kita dan negara kita sedang menuju kehancuran.Jika beginilah minda politik kita,sebenarnya kita bangang.
Tuesday, March 30, 2010
Sunday, March 28, 2010
Memang Begitulah Perangai Katak
Pada satu ketika aku buka paip kat sink dapur rumah aku.Hari tu agak panas.Kebetulan pula aku tinggalkan rumah tu dah beberapa hari kerana bercuti.Sebaik sahaja tap paip sink dibuka,aku terperanjat kerana bunyi suara kokok katak dari arah 'floor trap'.Bunyi kokok agak kasar dan agak kuat,sebab itulah aku agak terperanjat.Aku fikir katak tu seronok bila dapat air agaknya.
Baru-baru ni kita dikejutkan dengan perbalahan politik dalam sebuah negeri di utara dan dari sebuah parti.Berlakulah tuduh menuduh.Cabar mencabar hingga nak saman menyaman.Kawan yang dulu akrab dah jadi musuh ketat.Ketua yang diagung-agungkan telah dicaci dan dibenci.Orang yang dulunya menjadi kesayangan ketua dah jadi musuh.Agenda perjuangan dan pakatan bersama telah dihumbang.Agenda rakyat dah jadi agenda peribadi.Niat suci perjuangan dah diperlekeh dan dibohongi.
Parti yang didokongi telah ditinggalkan.Amanah rakyat telah dikhianati.Kononnya atas nama prinsip.Kononnya atas nama kepentingan melayu.Kononnya atas kepentingan agama.Kononnya tidak mahu bersekongkol dengan fitnah dan niat jahat.
Maka kemuncaknya berlakulah pendedahan demi pendedahan di parlimen.Segala pekung dan aib telah dibuka.Segala tipu muslilat(kononnya) ketua parti dan pakatan politik yang telah ditinggalkan telah didedahkan.Ada yang sangat menyesal dan telah memohon maaf kepada musuh politiknya dulu kerana turut terlibat dalam fitnah dan niat jahat bekas bosnya .
Betulkah tindakan mereka itu kerana benar-benar insaf?Ataukan kerana ada agenda dan kepentingan peribadi?Ataukah kerana sudah lama mengalami kegersangan ekonomi peribadi?Apakah mungkin kerana habuan yang ditawarkan oleh musuh yang baru jadi kawan itu?Maka berkokoklah mereka sekuat hati dek kerana harapkan habuan itu.Mereka akan terus berkokok hingga mereka kenyang semula.
Soalnya apakah mereka sama seperti katak dalam lubang' floor trap' kat dapur rumah aku tu.Dia sangka hujan dah turun dengan lebat.Maka berkokoklah dia sekuatnya kerana terlalu seronok.Hujan yang disangka rupanya titisan air paip yang turun buat seketika.
Begitulah katak.Berkokok... tak kiralah samada air itu banyak atau sedikit....

Monday, March 22, 2010
Kemanusiaan Kita Sudah Hilang
Akhir-akhir ini kes penganiayaan terhadap kanak-kanak di negara kita semakin parah.Dilaporkan bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata.Macam buang sampah sahaja.Tak kiralah bayi itu sudah mati atau masih hidup.Ada juga yang tinggalkan saja anak-anak.Ibu dan bapa pergi entah ke mana.Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tragedi Safiya Humaira.Dia dianiayai sehingga mati.
Kita juga dikejutkan dengan kes seorang kanak-kanak umur 11 tahun telah dikahwinkan.Kes ini melibatkan dengan kononnya orang dakwah.Ada ahli agama kata nikahnya budak itu sah dari segi syara'.Tapi sampai hatikah kita untuk bernikah dengan budak sekecil itu?
Bayi-bayi itu tak berdosa.Jika dia mati,dia masuk syurga.Orang yang menyebabkan bayi itu mati belum tentu ke syurga.Mungkin menghampiri atau ke neraka.Anak-anak adalah anugerah.Anak-anak untuk disayangi,bukan dianiayai.
Saturday, March 20, 2010
I like This Photo
ANTARA DUA WAJAH PEREMPUAN.SATU WAJAH IALAH SEORANG MENTERI PEMBANGUNAN KELUARGA,WANITA DAN PEMBAGUNAN MASYARAKAT.SATU WAJAH ADALAH SEORANG WANITA DIBAWAH TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN MENTERI TERSEBUT.SEMOGA WAJAH-WAJAH INI ADALAH WAJAH KEIKHLASAN BUKAN SANDIWARA FILEM HINDUSTAN......
Sunday, March 14, 2010
Syabas Datuk Lee Chong Wei
Sebentar tadi Datuk Lee Chong Wei telah menjuarai Kejohanan Badminton seluruh England dengan mengalahkan pemain Jepun,Kenichi Togo dengan 'straight set '21-19-21-19.Dengan kemenangan ini,Datuk Lee Chong Wei merupakan pemain Malaysia ketiga yang telah mengharumkan nama negara di persada sukan badminton dunia.Kejohanan Seluruh England ini merupakan kejohanan tertua di dunia.Edisi kali ini adalah yang ke-100,bermakna sudah lebih 100 tahun.Ia adalah kejohanan berprestij dan menjadi idaman pemain-pemain untuk menjuarainya.
Aku ucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Lee Chong Wei kerana telah mengharumkan negara dengan kemenangan itu.Tapi Datuk mestti hati-hati dengan Kenichi Togo tu.Aku rasa dia akan mampu megegarkan dunia sedikit masa lagi.Tahniah juga kepada Datuk Misbun Sidek yang merupakan jurulatih Datuk Lee Chong Wei.Walaupun Datuk Misbun gagal menjuarai Kejohanan Seluruh England semasa zaman kemuncaknya tapi Datuk Misbun telah berjaya melatih Roslin dan Lee Chong Wei untuk menjuarai kejohanan seluruh England ini.Syabas dan Tahniah Datuk Misbun dan Datuk Lee Chong Wei.

Saturday, March 13, 2010
Isu Kartika
Isu Kartika seorang model sambilan yang ditangkap kerana minum arak di sebuah hotel di Cherating,Pahang masih belum selesai.Mahkamah Syariah Negeri Pahang telah menjatuhkan hukuman 6 kali sebatan ke atas Kartika.Namun hukuman tersebut masih ditangguhkan walaupun Kartika menerima hukuman tersebut dengan redha.Kartika diberitakan tidak akan merayu untuk meringankan hukuman tersebut.
Soalnya apakah hukuman 6 kali sebatan itu menepati hukum Islam.Menurut Mufti Negeri Perak hukuman terhadap peminum arak menurut hukum Islam ialah 80 kali sebatan.Menurut Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pula,hukum pesalah minum arak adalah terletak di bawah hudud.Hukumannya antara 40 hingga 80 kali sebatan.Baru-baru ini saya ada mendengar kuliah Tuan Guru Haji Hadi di Rusila.Dia ada menyentuh soal dosa dan hukumannya.Diantaranya termasuklah dosa-dosa yang terletak di bawah hukum hudud seperti minum arak.
Kata Tuan Guru,bila orang-orang yang melakukan dosa dihukum menurut hukum syariah,Allah akan mengampunkan dosanya.Sebaliknya kalau tidak dihukum dengan hukum syariah,dosanya masih tidak diampunkan oleh Allah.Orang yang bersalah itu masih perlu bertaubat mohon keampunan dari Allah.
Begitu juga dengan kes Kartika ini.Dia telah dijatuhkan hukuman sebat dan akan disebat.Malangnya dia dihukum tidak menepati hukum Islam jika dilihat dari penjelasan Mufti Perak dan Haji Hadi itu.Kartika redha dengan hukuman itu mungkin dia mahu keampunan dari Allah.Tetapi kalau hukuman itu tidak menurut Islam macam mana?Mudah-mudahan ia boleh memberi keinsafan kepada Kartika untuk mencari rahmat dan keampunan Allah yang sangat luas itu.
Sunday, March 7, 2010
Mufti Pun Berbohong?
Dilaporkan Mufti negeri Perak,Tan Sri Harussani Zakaria ketika berucap di UKM pada hari Khamis baru-baru ini telah mendedahkan kononnya Parti Pas Negeri Perak angkuh kerana telah menolak cadangan kerajaan perpaduan ketika isu perlantikan kerajaan Negeri Perak panas sedikit masa dulu.
Kemudian ,Ustaz Ahmad Awang yang merupakan Pesuruhjaya Pas Perak ketika itu,telah membuat kenyataan menafikan apa yang dicakapkan oleh Mufti Perak itu.Kata Ustaz Ahmad Awang,Mufti Perak itu telah mengada-adakan cerita.Apa yang dicakapkan oleh Mufti Perak itu tidak timbul pun semasa perbualan melalui telefon di antara mereka berdua.
Soalnya siapakah di antara mereka berdua ini yang bercakap benar.Ustaz Ahmad Awang juga seorang yang berpendidikan tinggi dalam ugama.Setahu aku beliau pernah memegang jawatan yang tinggi dalam institusi agama ketika berkhidmat dengan kerajaan dulu.Mungkin kalau dia pengampu kerajaan sudah tentu dia juga diberi jawatan setaraf dengan Mufti Perak itu sehingga sekarang.
Jika apa yang dinafikan oleh Ustaz Ahmad Awang benar,maka bermakna Mufti Perak itu bohong.Orang Terengganu cakap bohong itu 'pelawok'.Layakkah seorang mufti 'pelawok'?Patutkah 'title' 'pelawok' itu ada pada seorang mufti?Apakah kerana demi kepentingan politik dan habuan dunia Mufti Perak itu sanggup 'pelawok'?Aku rasa lebih baik Mufti Perak itu buat penjelasan.Biar orang yang jahil macam aku tak keliru.
Wednesday, March 3, 2010
Kesihatan Kita,Tanggungjawab Kita....
Selamat bertemu kembali setelah lama menghilang.Kali ini aku ingin bicara pasal kesihatan.Aku bukan doktor tapi pesakit.Tapi aku boleh dikatakan amat jarang jumpa doktor.Seumur hidup aku,seingat aku belum sampai 10 kali aku jumpa doktor.Bukan akut takut doktor.Cuma kurang selesa sedikit bila jumpa doktor.Aku rasa ramai orang macam aku juga.Tak berapa suka jumpa doktor.Satu lagi sebab aku tak suka doktor ialah aku tak suka ubat-ubat hospital tu.
Dalam usia aku dah masuk era 40an ni,dah banyak rasa perubahan pada kesihatan.Kepala dah kerap pening,jantung dah tak begitu stabil,bila joging dah tak boleh berlari lagi.Dalam perut pun makin banyak problem,buasir,angin dah bermacam lagi.Sendi-sendi dan otot juga semakin lenguh.
Aku rasa fenomena ni dirasai oleh semua orang yang seangkatan dengan aku.Malah lebih muda dari aku pun sudah ada masalah ini.Lebih-lebih lagi zaman serba pantas dan serba kimia ini.Dunia yang penuh dengan pencemaran.Makanan,minuman dan udara semuanya sudah tercemar.Kita makan dan minum untuk hidup.Tapi malangnya makan dan minum kita jadi penyakit.Namun kita mesti makan dan minum.
Jadi,sama-samalah kita jaga diri kita.Kesihatan kita tanggungjawab kita.Bagi yang dah sakit tu berubatlah.Jangan biarkan dan hanya berserah pada takdir.Allah yang datangkan penyakit dan Allah juga yang mendatangkan ubat.Allah menimpakan sakit pada seseorang adalah untuk menguji kita.Sejauh mana kita sabar.Sejauh mana kita berusaha untuk berubat.Bagi yang masih sihat tu,ambillah langkah-langkah pencegahan.Mencegah itu lebih baik dari merawat.Mencegah juga lebih murah dari merawat.
Aku ingin bertanya
-Adakah anda terasas lemah-lemah badan?
-Adakah anda terasa pening-pening?
-Adakah terasa jantung kerap berdebar-debar?
-Adakah anda terasa perut anda bermasalah?
Jika ada,TRICAJUS sedia menolong anda.Dapatkan TRICAJUS,insyaAllah masalah anda ada penyelesaiannya.

Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)