Banner 728 x 90

Sunday, March 7, 2010

Mufti Pun Berbohong?

Dilaporkan Mufti negeri Perak,Tan Sri Harussani Zakaria ketika berucap di UKM pada hari Khamis baru-baru ini telah mendedahkan kononnya Parti Pas Negeri Perak angkuh kerana telah menolak cadangan kerajaan perpaduan ketika isu perlantikan kerajaan Negeri Perak panas sedikit masa dulu.

Kemudian ,Ustaz Ahmad Awang yang merupakan Pesuruhjaya Pas Perak ketika itu,telah membuat kenyataan menafikan apa yang dicakapkan oleh Mufti Perak itu.Kata Ustaz Ahmad Awang,Mufti Perak itu telah mengada-adakan cerita.Apa yang dicakapkan oleh Mufti Perak itu tidak timbul pun semasa perbualan melalui telefon di antara mereka berdua.

Soalnya siapakah di antara mereka berdua ini yang bercakap benar.Ustaz Ahmad Awang juga seorang yang berpendidikan tinggi dalam ugama.Setahu aku beliau pernah memegang jawatan yang tinggi dalam institusi agama ketika berkhidmat dengan kerajaan dulu.Mungkin kalau dia pengampu kerajaan sudah tentu dia juga diberi jawatan setaraf dengan Mufti Perak itu sehingga sekarang.

Jika apa yang dinafikan oleh  Ustaz Ahmad Awang benar,maka bermakna Mufti Perak itu bohong.Orang Terengganu cakap bohong itu 'pelawok'.Layakkah seorang mufti 'pelawok'?Patutkah 'title' 'pelawok' itu ada pada seorang mufti?Apakah kerana demi kepentingan politik dan habuan dunia Mufti Perak itu sanggup 'pelawok'?Aku rasa lebih baik Mufti Perak itu buat penjelasan.Biar orang yang jahil macam aku tak keliru.




No comments: