Banner 728 x 90

Saturday, March 13, 2010

Isu Kartika

Isu Kartika seorang model sambilan yang ditangkap kerana minum arak di sebuah hotel di Cherating,Pahang masih belum selesai.Mahkamah Syariah Negeri Pahang telah menjatuhkan hukuman 6 kali sebatan ke atas Kartika.Namun hukuman tersebut masih ditangguhkan walaupun Kartika menerima hukuman tersebut dengan redha.Kartika diberitakan tidak akan merayu untuk meringankan hukuman tersebut.

Soalnya apakah hukuman 6 kali sebatan itu menepati hukum Islam.Menurut Mufti Negeri Perak hukuman terhadap peminum arak menurut hukum Islam ialah 80 kali sebatan.Menurut Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pula,hukum pesalah minum arak adalah terletak di bawah hudud.Hukumannya antara 40 hingga 80 kali sebatan.

Baru-baru ini saya ada mendengar kuliah Tuan Guru Haji Hadi di Rusila.Dia ada menyentuh soal dosa dan hukumannya.Diantaranya termasuklah dosa-dosa yang terletak di bawah hukum hudud seperti minum arak.
Kata Tuan Guru,bila orang-orang yang melakukan dosa dihukum menurut hukum syariah,Allah akan mengampunkan dosanya.Sebaliknya kalau tidak dihukum dengan hukum syariah,dosanya masih tidak diampunkan oleh Allah.Orang yang bersalah itu masih perlu bertaubat mohon keampunan dari  Allah.

Begitu juga dengan kes Kartika ini.Dia telah dijatuhkan hukuman sebat dan akan disebat.Malangnya dia dihukum tidak menepati hukum Islam jika dilihat dari penjelasan Mufti Perak dan Haji Hadi itu.Kartika redha dengan hukuman itu mungkin dia mahu keampunan dari Allah.Tetapi kalau hukuman itu tidak menurut Islam macam mana?Mudah-mudahan ia boleh memberi keinsafan kepada Kartika untuk mencari rahmat dan keampunan Allah yang sangat luas itu.

No comments: