Banner 728 x 90

Sunday, March 28, 2010

Memang Begitulah Perangai Katak

Pada satu ketika aku buka paip kat sink dapur rumah aku.Hari tu agak panas.Kebetulan pula aku tinggalkan rumah tu dah beberapa hari kerana bercuti.Sebaik sahaja tap paip sink dibuka,aku terperanjat kerana bunyi suara kokok katak dari arah 'floor trap'.Bunyi kokok agak kasar dan agak kuat,sebab itulah aku agak terperanjat.Aku fikir katak tu seronok bila dapat air agaknya.

Baru-baru ni kita  dikejutkan dengan perbalahan politik dalam sebuah negeri di utara dan dari sebuah parti.Berlakulah tuduh menuduh.Cabar mencabar hingga nak saman menyaman.Kawan yang dulu akrab dah jadi musuh ketat.Ketua yang diagung-agungkan  telah dicaci dan dibenci.Orang yang dulunya menjadi kesayangan ketua dah jadi musuh.Agenda perjuangan dan pakatan bersama telah dihumbang.Agenda rakyat dah jadi agenda peribadi.Niat suci perjuangan dah diperlekeh dan dibohongi.

Parti yang didokongi telah ditinggalkan.Amanah rakyat telah dikhianati.Kononnya atas nama prinsip.Kononnya atas nama kepentingan melayu.Kononnya atas kepentingan agama.Kononnya tidak mahu bersekongkol dengan fitnah dan niat jahat.

Maka kemuncaknya berlakulah pendedahan demi pendedahan di parlimen.Segala pekung dan aib telah dibuka.Segala tipu muslilat(kononnya) ketua parti dan pakatan politik yang telah ditinggalkan telah didedahkan.Ada yang sangat menyesal dan telah memohon maaf kepada musuh politiknya dulu kerana turut terlibat dalam fitnah dan niat jahat bekas bosnya .

Betulkah tindakan mereka itu kerana benar-benar insaf?Ataukan kerana ada agenda dan kepentingan peribadi?Ataukah kerana sudah lama mengalami kegersangan ekonomi peribadi?Apakah mungkin kerana habuan yang ditawarkan oleh musuh yang baru jadi kawan itu?Maka berkokoklah mereka sekuat hati dek kerana harapkan habuan itu.Mereka akan terus berkokok hingga mereka kenyang semula.

Soalnya apakah mereka sama seperti katak dalam lubang' floor trap' kat dapur rumah aku tu.Dia sangka hujan dah turun dengan lebat.Maka berkokoklah dia sekuatnya kerana terlalu seronok.Hujan yang disangka rupanya titisan air paip yang turun buat seketika.

Begitulah katak.Berkokok... tak kiralah samada air itu banyak atau sedikit....

No comments: