Banner 728 x 90

Sunday, March 14, 2010

Syabas Datuk Lee Chong Wei

Sebentar tadi Datuk Lee Chong Wei telah menjuarai Kejohanan Badminton seluruh England dengan mengalahkan pemain Jepun,Kenichi Togo dengan 'straight set '21-19-21-19.Dengan kemenangan ini,Datuk Lee Chong Wei merupakan pemain Malaysia  ketiga yang telah mengharumkan nama negara di persada sukan badminton dunia.Kejohanan Seluruh England ini merupakan kejohanan tertua di dunia.Edisi kali ini adalah yang ke-100,bermakna sudah lebih 100 tahun.Ia adalah kejohanan berprestij dan menjadi idaman pemain-pemain untuk menjuarainya.

Aku ucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Lee Chong Wei kerana telah mengharumkan negara dengan kemenangan itu.Tapi Datuk mestti hati-hati dengan Kenichi Togo tu.Aku rasa dia akan mampu megegarkan dunia sedikit masa lagi.Tahniah juga kepada Datuk Misbun Sidek yang merupakan jurulatih Datuk Lee Chong Wei.Walaupun Datuk Misbun gagal menjuarai Kejohanan Seluruh England semasa zaman kemuncaknya tapi Datuk Misbun telah berjaya melatih Roslin dan Lee Chong Wei untuk menjuarai kejohanan seluruh England ini.Syabas dan Tahniah Datuk Misbun dan Datuk Lee Chong Wei.

No comments: