Aku tak faham.Macam mana seorang yang terlibat dengan skandal seks boleh menang dan jadi Presiden Parti MCA.Skandal seks itu mungkin didedahkan dulu oleh musuh-musuh politiknya.Tujuannya untuk mengaibkan dan menjatuhkan karea politiknya.Dia pun mengaku yang lelaki dalam video seks itu adalah dirinya.Ketika itu dia Menteri kesihatan dan Timbalan Presiden MCA.Ekoran terdedahnya skandal itu dia meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Labis,Menteri Kesihatan dan Timbalan Presiden MCA. Skandal seks itu terdedah pada tahun 2008.Ekoran skandal itu juga EGM MCA diadakan pada 10 oktober 2009 untuk mengambil ketetapan membuang keahliannya dari MCA dan memecat jawatan Timbalan Presiden MCA yang disandangnya. Dia telah gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden tetapi perwakilan telah memilih mengekalkan keahlian MCAnya.Namun pengaruhnya dalam MCA dilihat masih kuat.
Selepas itu dia menyepi seketika.Namun MCA terus dilanda tsunami.Kapalnya hampir karam.Berbagai usaha,cadangan dan formula telah dikemukakan untuk menyelamatkanya.Tetapi tidak berhasil malah makin parah.Akhirnya pemilihan semula telah diadakan pada 28 Mac 2010.Berlaku pertandingan tiga penjuru diantara dia,Ong Ka Ting dan Ong Tee Keat.Keputusannya dia telah menang dengan lebihan 68 undi.
Persoalannya apa sudah jadi dengan jatidiri dan akal budi orang-orang politik Malaysia.Tidak kiralah Melayu,Cina,India,Iban atau Kadazan.Suasananya nampak sama sahaja.Berlakulah apapun dalam kepimpinan parti mereka seperti skandal sex,rasuah,penyelewengan,fitnah memfitnah dan cantas mencantas.Sedikit pun tidak memberi bekas.Malah makin gah ditampuk kekuasaan.
Kita terlalu jauh ketinggalan berbanding dengan cara berpolitik negara-negara maju.Rakyat mereka dan pemimpin mereka terlalu sensitif dengan prinsip pertanggungjawaban.Jika berlaku skandal dan penyelewengan,bila terdedah,rakyat mereka bangkit.Pemimpin-pemimpin yang terlibat tidak mengambil masa yang lama untuk berundur.Samada mereka bersalah atau tidak,tetapi imej mereka tercalar.Mereka merasakan mereka tidak layak berada di situ.Rakyat mereka juga tidak mahu mereka terus berada di situ.
Berbeza dengan orang politik dalam negara kita.Apabila terdedah skandal dan penyelewengan mereka,bermati-matian mereka pertahankan diri dan jawatan mereka.Rakyat tidak kisah dan tidak ambil peduli.Mereka berpegang kepada prinsip perundangan,seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti yang mereka itu bersalah.Yang boleh membuktikan mereka bersalah ialah mahkamah. Sedikit pun mereka tidak merasa busuk dengan najis yang dilemparkan kepada mereka.Jika mahkamah tidak mendakwa atau menghukum mereka,maka selamatlah mereka.Kemudian bila mereka bertanding dalam pemilihan parti atau pilihanraya umum,ahli-ahli parti atau rakyat masih tetap memilih mereka.
Ada orang berpendapat,mungkin ahli-ahli parti mereka dan rakyat boleh menerima pemimpin-pemimpin seperti ini mengenangkan jasa mereka kepada parti dan negara.Maka ahli-ahli parti atau rakyat sanggup mengenepikan soal-soal peribadi itu.Malah ada yang sanggup katakan bahawa Tuhan akan ampunkan dosa-dosa pemimpin kerana besarnya jasa mereka kepada negara.
Jika beginilah minda politik kita,maka berlakulah seperti yang telah dan sedang berlaku.Jika inilah minda politik kita,sebenarnya kita dan negara kita sedang menuju kehancuran.Jika beginilah minda politik kita,sebenarnya kita bangang.
Tuesday, March 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment