Banner 728 x 90

Saturday, April 24, 2010

Masjid Tuan Haji Senik,Beserah

Semalam 24 April 2010, aku ke majlis pernikahan sepupu di Beserah.Majlis itu diadakan disebuah surau di kampung Beserah.Surau itu dulunya Masjid bagi kampung Beserah.Tapi setelah dibina masjib baru tak jauh dari masjid lama tu maka masjid lama telah diturun taraf jadi surau.Nama masjid lama itu ialah Masjid Ghairil Jamek Tuan Haji Senik.

Menurut orang kampung itu,Masjid Tuan Haji Senik ni berusia tidak kurang dari 100 tahun.Aku rasa benar juga kalau dilihat dari beberapa kaedah binaan lama yang masih tinggal.Menurut seorang pakcik yang dah berusia lebih 70 tahun,masjid ini dah ada sebelum dia ada lagi.Maknanya dakwaan masjid lama ini lebih 100 tahun mungkin benar.

Aku taklah buat kaji selidik.Bagi para pelajar yang nak buat kajian bolehlah pergi ke Beserah.Bolehlah dapatkan cerita sebenar sejarah masjid lama ni daripada orang-orang tua yang masih ada kat kampung Beserah tu.

                                                 Masjid Ghairil Jamek Tuan Haji Senik
                                                                         Telaga
                                                               Bahagian dalam telaga
                                                     Tanggam untuk sambung tiang
                                                               salah satu binaan pintu
                                                                  Penyelak pintu
                                                                       Pintu utama

                                                                         Mikraj

                                                                                Mimbar
                                                                        Ruang dalam




                                                 

Wednesday, April 21, 2010

Politik Yang Jijik

Sekarang musim kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.Memang sudah adat perlawanan,serang-menyerang perkara biasa.Setiap pasukan berlawan akan sentiasa mencari kelemahan lawan masing-masing.Tujuannya untuk mengalahkan lawannya.Begitu juga di Kuala Selangor,yang berlawan adalah parti politik.Jadi masing-masing carilah senjata politik untuk kalahkan musuh politik.Dari isu-isu politik tempatan,negeri dan nasional hinggalah isu pribadi semua didedahkan.Yang mengejutkan dan mengaibkan semua ada.

Tak kisahlah nak dedahkan apa pun.Kezaliman,rasuah,penyelewengan,skandal dan apa saja yang melibatkan kepentingan awam,dedahkanlah.Biar rakyat celik sikit tentang politik.Jangan biarkan rakyat hanya dengar dari satu hala sahaja.Kita pun suka rakyat kita celik politik.Bukan asyik dibuai mimpi-mimpi indah sahaja dari calon-calon yang bertanding.Setiap kali tiba musim mengundi,datanglah juru kempen-juru kempen atau broker-broker calon untuk taburkan janji-janji indah.Rakyat pun tersengih macam kerbau lepas mengawan, syok sendiri.Lepas pilihanraya,sunyi sepi.Kawasan masih seperti dulu juga.Janji hanya tinggal janji.Rakyat kembali tersengih semula.Ekonomi negara terus hancur,harta negara terus dibolot oleh elit berkuasa.

Tapi dalam asyik berkempen tu,adab susila jangan lupa.Janganlah mengaibkan lawan keterlaluan.Zaman ini zaman IT,janganlah digunakan kecanggihan teknologi itu untuk buat fitnah.Mungkin lawan tu ada salah dan silap.Maklumlah,kita ni kan manusia.Sudah menjadi sifat manusia ketika dia lemah dan lupa dia buat silap.Allah sentiasa menguji manusia mengikut kadar kemampuan manusia itu.Allah suka umatnya apabila dia telah melakukan dosa,dia bertaubat.Biar banyak mana pun dosanya Allah akan ampunkan.

Seperti kes calon PKR kat Hulu Selangor tu.Datu Zaid Ibrahim dah mengaku yang dia pernah minum arak.Tapi itu dulu,sekarang dia dah berhenti dari tabiat tu.Aku rasa dia 'gentlemen' kerana buat pengakuan tu.Tak seperti pemimpin-pemimpin politik yang lain yang seangkatan dengannya dulu.Masih belum berhenti,malah lebih teruk lagi.Dengar cerita sampai ada yang tertidur atas meja kasino.Tak lama dulu ada seorang pemimpin politik dari Sabah kena saman kerana gagal bayar hutang judi di London.

Dosa Datuk Zaid itu  terserahlah kepada Allah.Jika dia benar-benar bertaubat,mudah-mudahan Allah akan ampunkan.Tapi yang keluarkan gambar palsu Datuk Zaid sedang botol arak tu apa hal?Ini dah fitnah dan bertujuan mengaibkan Datuk Zaid.Fitnah tu lebih jijik dari makan daging saudara sendiri.Berpolitiklah secara anak jantan.Berhujah secara ilmiah dan berfakta.Jangan berpolitik secara keji dan jijik.Politik begini,politik manusia tidak bertamadun.Politik jakun.

Sunday, April 18, 2010

Aku Dambakan Damai Yang Hakiki

Hari Sabtu(17 April 2010),aku ke Hulu Selangor untuk meninjau suasana penamaan calon pilihanraya kecil P094,parlimen Hulu Selangor.Ketika catitan ini ditulis,badan masih terasa lemah kerana menempuh perjalanan hampir 1000km pergi dan balik.Kuala Kubu Bharu,pusat pentadbiran Hulu Selangor  di mana tempat penamaan calon dijalankan sudah dipenuhi oleh penyokong parti yang bertanding sejak awal pagi lagi.

Aku tak pasti berapa ramai penyokong parti-parti yang bertanding hadir pada hari itu.Aku berada dalam kem Pakatan Rakyat(PR).Suasana agak ceria dan meriah.Mungkin kerana kerusi P094 sebelum ini adalah milik PR,maka penyokong-penyokongnya agak optimis.Tapi selalunya begitulah suasana dipihak pembangkan(peringkat pusat).Moral perjuangan mereka tak pernah kalah.Mereka sentiasa ceria dan bersemangat.

Apa yang sangat mengujakan ialah suasana perpaduan dalam PR.Aku terlalu gembira melihat orang Melayu boleh membawa bendera DAP,orang Cina boleh membawa bendera PAS manakala semua bangsa termasuk orang asli saling berganding bahu membawa bendera Parti Keadilan Rakyat.Suasananya sungguh mesra.Alangkah baiknya jika suasana begini dapat diterjemahkan secara lebih nyata di dalam negara kita.Aku juga berharap suasana begitulah juga ada dalam hati pemimpin-pemimpin PR.Sentimen perkauman yang melampau harus diketepikan.Saling menghormati pendirian agama masing-masing.Tidak meniup api kebencian di antara satu lain.

Jika apa yang aku lihat dalam kem PR itu dapat diterjemahkan dalam negara kita,aku yakin Malaysia akan bertambah maju dan makmur.Rakyat Malaysia akan menjadi contoh kepada negara-negara lain yang mempunyai komposisi kaum seperti negara kita.Walaupun kita sekarang masih belum berlaku ketegangan kaum yang buruk kecuali peristiwa Mei tahun 1969,tetapi suasananya tidak mesra.Masih ada rasa sangsi dan curiga antara kaum.Ini semua kerana agenda politik perkauman yang sempit.Walaupun pemimpin-pemimpin negara sering melaungkan rakyat kita hidup dalam keadaan bersatu padu,sebenarnya sandiwara belaka.

 Apabila kita mencintai kedamaian,apabila kita menghargai  kedamaian dan apabila keharmonian menjadi agenda hidup setiap rakyat negara kita,maka tidak mustahil kita akan menikmati perpaduan yang hakiki.Kita akan hidup dalam sebuah negara yang aman dalam erti kata yang sebenarnya.

Tuesday, April 13, 2010

Erin Res'2:Anda Tak Boleh Cakap Begitu...

Tadi, ketika aku baru sampai dari Kemaman,aku berehat kejap dekat kerusi batu di ruang 'porch' letak kereta rumah aku.Aku terbaca artikel eksklusif mengenai Erin Res'2 dalam ruangan Pancaindera Mingguan Malaysia 11 April 2010.Kiranya Erin ni bekas artis la.Kumpulan Res'2 muncul sekitar 90an.Bagi yang minat hiburan sekitar umur 20an waktu tu tentu masih ingat kumpulan ni.Aku tak perasan sangat popular ke tidak kumpulan Res'2 ni waktu tu.Khabarnya sekarang dia tak menyanyi dah.Tapi kerja sebagai penari gelek untuk sara hidup diri dan anak tunggalnya.

Aku bukan nak ambil kisah sangat tentang Erin ni.Aku bukan kenal dia pun.Dia pun tak kenal aku dan bukan kawan dia pun.Yang aku terkesan sikit tentang cakap dia masa temubual tu.Aku rasa ramai juga yang dah baca samada kat Pancaindera atau kat Utusan online.Jadi apa yang dia cakap dah jadi bacaan umum.

Aku turunkan sikit petikan kata-katanya:
''Memang benar, Erin kini bekerja sebagai penari gelek. Erin dibayar berdasarkan persembahan yang dibuat. Tidak kiralah sama ada di kelab malam atau hotel. Hanya pekerjaan itu sahaja yang diminati dan mampu dilakukan," terangnya dalam nada jujur.
Erin mengakui dia cukup tersentak apabila dicemuh dan dikatakan telah menyumbatkan rezeki 'haram' ke dalam perut anak kandungnya sendiri. Erin dikategorikan sebagai bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila menjadikan kerjaya berkenaan sebagai mata pencarian.
"Apalah dosa yang Erin lakukan sehingga tergamak orang berkata sedemikian? Salah ke bekerja sebagai penari belly atau penari gelek. Bukankah ia adalah salah satu cabang profesion dalam dunia hiburan?
"Erin bekerja dan pendapatan itu datang dari keringat sendiri, bukan menagih simpati orang lain. Jauh sekali ditaja oleh seseorang. Tidak bolehlah orang seni macam Erin ini menjadi penari? Kenapa perlu ada sikap memandang sebelah mata terhadap pekerjaan Erin itu?'' soal Erin.

Memang macam nilah jawapan yang selalu diberi oleh sesiapa pun.Bukan soal salah pada pandangan orang.
Kalau ikut pandangan orang,mungkin ada yang suka.Kalau semua orang tak suka,tak bergeleklah Erin.Walaupun dari sudut moral tu sama sahaja kat semua orang.Tapi iman tak sama.Ada orang nafsu lebih dari iman.Sebab tu hiburan nafsu masih ada dan akan kekal sehingga kiamat.

Dari sudut agama tidak berubah.Haram tetap haram.Walau apapun alasan yang kita berikan.Lagi pun ketika masih banyak kerja-kerja halal yang boleh dilakukan.Mungkin Erin bercakap kerana dia jahil.Dia sepatutnya tidak bercakap begitu.Sesungguhnya Erin,jika tidak sempat bertaubat kerja seperti itu azabnya sangat pedih.Tanyalah pada alim ulama.Jangan terlalu ikut nafsu.Jalan pulang masih ada.Selagi nyawa belum sampai halkum,pintu taubat masih terbuka.Allah Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat.

Sunday, April 11, 2010

Penjenayah Malaysia Makin Ganas.

Seingat aku baru berlaku dalam negara kita  seorang perompak sanggup membunuh rakannya sendiri yang cedera ketika melakukan rompakan.Peristiwa itu berlaku beberapa hari lalu di dalam sebuah kedai emas di Jalan Kelang Lama.Adegan yang berlaku dalam filem-filem aksi cina atau barat menjadi realiti di Malaysia.Skrip rekaan sudah menjadi kenyataan di Malaysia.

Semalam dalam berita TV3 dipaparkan rakaman CCTV kejadian ragut di sebuah taman.Mangsanya seorang wanita yang sedang balik berjoging.Dia diekori oleh peragut dengan motosikal.Wanita itu cuba berlindung di dalam kawasan rumah jirannya.Seorang peragut dengan parang terhunus mengejar wanita itu dan berjaya meragutnya.Sungguh tragis tapi nasib baik wanita itu tidak ditetak.Mungkin kalu melawan parah juga ditetaknya.

Selain dari itu,ada berita masalah rumahtangga yang berakhir dengan pembunuhan.Kisah cinta yang berakhir dengan pembunuhan.Kecederaan fizikal yang teruk akibat disimbah asid kerap terjadi dalam negara kita.
Kes-kes culik kanak-kanak yang berlaku banyak yang berakhir dengan pembunuhan.Kalau tidak dibunuh pun kes-kes culik begini tetap kejam kerana berlaku pada kanak-kanak yang tidak berdosa dan tidak tahu apa-apa.

Apa punca jadi begini mesti dicari.Pihak keselamatan mesti mengambil tanggungjawab.Jangn hanya terlalu memikirkan keselamatan di tempat ceramah politik.Kalau dibiarkan  jenayah-jenayah kejam ini akan menjadi lebih parah.Masyarakat akan sentiasa berada dalam ketakutan dan kebimbangan.Suasana yang aman damai akan menjadi tidak selamat.

Friday, April 9, 2010

Wahai Pemimpin Malaysia:Tolong Hentikan...

Baru-baru ni politik negara gempar lagi.Ketua Pembangkang mendedahkan kerajaan Malaysia telah melantik sebuah syarikat perunding Israel,APCO Wordwide dengan kontrak RM60 juta.Tujuannya untuk memulihkan imej Malaysia di mata dunia.Rupanya sejak Najib jadi PM imej negara di mata dunia terlalu buruk.Khabarnya seorang penasihat APCO dah berada di pejabat PM sebaik sahaja Najib ambil alih PM dari Abdullah Badawi.

Aku bukan ahli politik atau penganalisis politik.Aku sungguh ngeri bila terbaca pendedahan ini.Aku rakyat Malaysia.Aku orang Islam.Bukan setakat di pejabat PM sahaja,malah Israel dah pun masuk hingga ke dalam Kementerian Dalam Negeri.Khabarnya juga individu-individu Israel yang terlibat bukan calang-calang orang.Mereka semuanya pakar.Sungguh mengerikan.

Aku biasa dengar kuliah kat masjid.Dalam Quran terlalu banyak cerita pasal orang yahudi.Bangsa yahudi adalah satu bangsa yang sangat jahat.Bangsa yang bunuh para nabi.Bangsa yang dilaknat oleh Allah.Dan kerana kejahatannya juga Allah turunkan nabi-nabi paling ramai kepada mereka.

Di zaman Rasulullah S.A.W juga bangsa yahudilah paling kuat bermusuh dengan Islam.Bani Qainuqa',bani Quraizah dan AnNadhir adalah kelompok yahudi yang kuat bermusuh dengan Rasulullah.Dan kesan dari racun yang diletakkan oleh orang yahudi ke dalam daging panggang yang dimakan oleh Rasulullah juga dipercayai menjadi sebab kematian Rasulullah S.A.W.

Sehingga sekarang pun orang-orang yahudi masih berdendam dengan Islam.Lihat saja apa yang berlaku di Palestin.Sudah berjuta umat islam Palestin dibunuh oleh orang yahudi Israel.Nyawa dan darah umat islam Palestin sedikit pun tidak bernilai bagi orang-orang yahudi Israel.Mereka dicabul,diperkosa dan dibunuh sesuka hati.

Oleh itu,wahai pemimpin kerajaan  Malaysia,mengapa kamu bebal sangat?Apakah yang kamu cari dengan yahudi?Kamu nak serahkan leher-leher kami disembelih oleh mereka?Kamu nak biarkan badan-badan kami ditembusi peluru-peluru mereka?Seperti yang berlaku kepada saudara kami di Palestin sekarang?

Usahlah kamu berdolak dalih.Tolong hentikan permainan bahaya kamu,wahai pemimpin-pemimpin kerajaaan Malaysia.Sebelum anak cucu kamu dan generasi akan datang sengsara akibat dari cita-cita politik rakus dan jahat kamu.

Monday, April 5, 2010

Pweeeeeit...Wa Caya La Datuk...






Waaa..romantis la Datuk.Macam hollywood la.Datuk memang pemimpin UMNO paling sensasi la.Betul wa cakap Datuk.Kalau Datuk bikin filem sama zizie ni meletup Datuk.Wa fikir Datuk Yusof Haslam patut buat skrip romantis macam sembilu dulu.Hero dan heroin ni mesti bikin box-office Datuk.

Hahaha...sendiri mau ingat Datuk.Datuk tu orang politik.Sebagai pemimpin.Ada orang yang dipimpin.Jangan jadi macam ibu ketam pulak.Mau anak jalan betul, diri sendiri pun jalan tak betul.Bila lepas berkokok tu,tengoklah kat belakang tu Datuk.Wa takut Datuk syok sendiri.Kokok je berdegar-degar tapi ekor kat belakang tahi bertempek-tempek.Sorry la Datuk..wa cakap.Wa caya la lu....Datuk.

Sunday, April 4, 2010

Sekadar Renungan...Jagalah Lidah Kita...

Kata orang kerana lidah badan binasa.Lidah adalah salah satu anggota badan yang sangat berbisa.Berlaku perbalahan antara kita kerana lidah.Kerana lidah juga seorang sahabat menjadi musuh.Hubungan antara jiran tetangga menjadi renggang.Berlaku huru hara dalam masyarakat pun kerana lidah.

Allah SWT berfirman bermaksud:"Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang-orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat akan sesetengah yang lain.Sukakah seseorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati?(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.(Oleh itu ,patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepda Allah,sesungguhnya Allah penerima taubat lagi amat mengasihani."(Al-Hujurat:Ayat 21).

Rasulullah bersabda bermaksud:"Daripada Abu Musa r.a katanya,aku bertanya:"Wahai Rasulullah yang mana satukah yang dikatakan orang muslim yang utama?"Baginda menjawab:"Iaitu orang islam yang dapat mengawal dirinya dari menyakiti orang islam yang lain dengan menggunakan lidahnya atau tangannya."
(AlBukhari dan Muslim).

Bagaimana juga diceritakan kisah seorang hamba yang soleh sehingga Allah abadikan di dalam satu surah dalam AlQuran iaitu Luqman.Apabila Luqman disuruh oleh tuannya membeli seketul daging yang paling baik,Luqman membeli dan membawa pulang sekeping lidah.Esoknya tuannya menyuruh Luqman membeli pula setul daging yang paling buruk,Luqman juga membeli sekeping lidah.Lalu tuannya bertanya,"wahai Luqman kenapa bila aku suruh kamu beli daging yang paling baik,kamu beli lidah?.Aku suruh kamu beli seketul daging yang paling buruk,kamu juga beli lidah?Luqman menjawab,"tuan,kerana daging inilah manusi menjadi baik dan kerana daging inilah jugas manusia menjadi jahat."

Oleh itu berhati-hatilah dalam kira bicara kita kerana takut membinasakan kita diakhirat kelak.

Saturday, April 3, 2010

Satu Lagi Episod Malang Bagi Islam

Isu hukuman sebat ke atas Kartika telah berakhir.Kartika  telah dijatuhkan hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah Negeri Pahang sebanyak 6 rotan dan denda RM5000 pada 20 Julai tahun lalu atas kesalahan minum arak.Hukuman itu telah menjadi perbahasan dikalangan ahli agama samada menepati hukum syarak atau tidak.Dalam posting yang lalu,saya telah mengambil dua pendapat iaitu daripada Mufti Negeri Perak dan daripada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Sila rujuk posting saya yang lepas.

Pada 26 March 2010,pihak berkuasa yang lebih berkuasa kepada pentadbiran agama Negeri Pahang telah mengurangkan hukuman tersebut kepada membuat kerja-kerja khidmat masyarakat di Pusat Jagaan Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah Kuantan selama 3 minggu sahaja.Kartika telah pun memulakan kerja-kerja amal tersebut semalam.Diberitakan juga Kartika terkejut dengan perubahan hukuman tersebut.

Saya tidak mahu pertikaikan apa yang telah diputuskan oleh sultan Pahang itu.Siapalah saya untuk mempersoalkannya.Terserahlah kepada Allah SWT.Tapi yang nyata keputusan tersebut adalah satu lagi episod malang bagi Islam.Imej perundangan Islam sudah tercemar lagi.Perundangan Islam semacam dipermainkan.Sudahlah hukuman sebat itupun dipertikaikan oleh alim ulama dari segi ketepatannya dengan Islam.Kemudian telah diubah pula dengan kerja-kerja kebajikan sahaja.Apakah syariat Islam tentang kesalahan minum arak itu sama sahaja dengan kerja-kerja amal itu?Wallahuklam.Aku berlindung dari itu semua dan dari mereka yang beranggapan begitu.

Walau bagaimanapun aku ucapkan selamat menjalani hukuman buat Kartika.Mudah-mudahan Allah memberi taufik hidayahnya untuk anda dan mengampuni anda.

Friday, April 2, 2010

Alfatihah Untuk Din Beramboi

Peminat-peminat seni tanahair kehilangan seorang lagi penghibur mereka apabila Din Beramboi telah meninggal dunia pada hari semalam(jumaat,12.35 pagi).Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal akibat denggi berdarah pada usia 43 tahun.Maka selepas ini tiadalah lagi celoteh Din di radio Era,di pentas-pentas pengacaraan dan lain-lain rancangan hiburan.Kanak-kanak juga telah kehilangan Din kerana dalam saluran ceria astro ada drama yang melibatkan Din.Din telah pergi umpama dalam sekelip mata kerana sebelum ini dia masih segar bugar.Hanya ahli keluarga dan kawan-kawan yang dekat dengannya sahaja dapat merasai suasana pemergiannya.

Walau bagaimanapun kita hendaklah ambil iktibar betapa kematian itu tetap datang menjemput kita walau dalam keadaan mana sekalipun kita.Kematian akan datang tepat masanya,tidak awal walau sedetik dan tidak lewat walau sesaat.Tidak kira ketika kita dalam keadaan sihat walafiat atau sudah lama menderita sakit.Yang penting kita hendaklah ingat dan bersedia untuk menghadapi kematian yang pasti tiba itu.

Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Din,mengampuni dosa-dosanya dan menempatkan dia di kalangan orang-orang yang soleh.Amin....