Banner 728 x 90

Sunday, April 18, 2010

Aku Dambakan Damai Yang Hakiki

Hari Sabtu(17 April 2010),aku ke Hulu Selangor untuk meninjau suasana penamaan calon pilihanraya kecil P094,parlimen Hulu Selangor.Ketika catitan ini ditulis,badan masih terasa lemah kerana menempuh perjalanan hampir 1000km pergi dan balik.Kuala Kubu Bharu,pusat pentadbiran Hulu Selangor  di mana tempat penamaan calon dijalankan sudah dipenuhi oleh penyokong parti yang bertanding sejak awal pagi lagi.

Aku tak pasti berapa ramai penyokong parti-parti yang bertanding hadir pada hari itu.Aku berada dalam kem Pakatan Rakyat(PR).Suasana agak ceria dan meriah.Mungkin kerana kerusi P094 sebelum ini adalah milik PR,maka penyokong-penyokongnya agak optimis.Tapi selalunya begitulah suasana dipihak pembangkan(peringkat pusat).Moral perjuangan mereka tak pernah kalah.Mereka sentiasa ceria dan bersemangat.

Apa yang sangat mengujakan ialah suasana perpaduan dalam PR.Aku terlalu gembira melihat orang Melayu boleh membawa bendera DAP,orang Cina boleh membawa bendera PAS manakala semua bangsa termasuk orang asli saling berganding bahu membawa bendera Parti Keadilan Rakyat.Suasananya sungguh mesra.Alangkah baiknya jika suasana begini dapat diterjemahkan secara lebih nyata di dalam negara kita.Aku juga berharap suasana begitulah juga ada dalam hati pemimpin-pemimpin PR.Sentimen perkauman yang melampau harus diketepikan.Saling menghormati pendirian agama masing-masing.Tidak meniup api kebencian di antara satu lain.

Jika apa yang aku lihat dalam kem PR itu dapat diterjemahkan dalam negara kita,aku yakin Malaysia akan bertambah maju dan makmur.Rakyat Malaysia akan menjadi contoh kepada negara-negara lain yang mempunyai komposisi kaum seperti negara kita.Walaupun kita sekarang masih belum berlaku ketegangan kaum yang buruk kecuali peristiwa Mei tahun 1969,tetapi suasananya tidak mesra.Masih ada rasa sangsi dan curiga antara kaum.Ini semua kerana agenda politik perkauman yang sempit.Walaupun pemimpin-pemimpin negara sering melaungkan rakyat kita hidup dalam keadaan bersatu padu,sebenarnya sandiwara belaka.

 Apabila kita mencintai kedamaian,apabila kita menghargai  kedamaian dan apabila keharmonian menjadi agenda hidup setiap rakyat negara kita,maka tidak mustahil kita akan menikmati perpaduan yang hakiki.Kita akan hidup dalam sebuah negara yang aman dalam erti kata yang sebenarnya.

No comments: