Banner 728 x 90

Sunday, April 11, 2010

Penjenayah Malaysia Makin Ganas.

Seingat aku baru berlaku dalam negara kita  seorang perompak sanggup membunuh rakannya sendiri yang cedera ketika melakukan rompakan.Peristiwa itu berlaku beberapa hari lalu di dalam sebuah kedai emas di Jalan Kelang Lama.Adegan yang berlaku dalam filem-filem aksi cina atau barat menjadi realiti di Malaysia.Skrip rekaan sudah menjadi kenyataan di Malaysia.

Semalam dalam berita TV3 dipaparkan rakaman CCTV kejadian ragut di sebuah taman.Mangsanya seorang wanita yang sedang balik berjoging.Dia diekori oleh peragut dengan motosikal.Wanita itu cuba berlindung di dalam kawasan rumah jirannya.Seorang peragut dengan parang terhunus mengejar wanita itu dan berjaya meragutnya.Sungguh tragis tapi nasib baik wanita itu tidak ditetak.Mungkin kalu melawan parah juga ditetaknya.

Selain dari itu,ada berita masalah rumahtangga yang berakhir dengan pembunuhan.Kisah cinta yang berakhir dengan pembunuhan.Kecederaan fizikal yang teruk akibat disimbah asid kerap terjadi dalam negara kita.
Kes-kes culik kanak-kanak yang berlaku banyak yang berakhir dengan pembunuhan.Kalau tidak dibunuh pun kes-kes culik begini tetap kejam kerana berlaku pada kanak-kanak yang tidak berdosa dan tidak tahu apa-apa.

Apa punca jadi begini mesti dicari.Pihak keselamatan mesti mengambil tanggungjawab.Jangn hanya terlalu memikirkan keselamatan di tempat ceramah politik.Kalau dibiarkan  jenayah-jenayah kejam ini akan menjadi lebih parah.Masyarakat akan sentiasa berada dalam ketakutan dan kebimbangan.Suasana yang aman damai akan menjadi tidak selamat.

No comments: