Banner 728 x 90

Tuesday, April 13, 2010

Erin Res'2:Anda Tak Boleh Cakap Begitu...

Tadi, ketika aku baru sampai dari Kemaman,aku berehat kejap dekat kerusi batu di ruang 'porch' letak kereta rumah aku.Aku terbaca artikel eksklusif mengenai Erin Res'2 dalam ruangan Pancaindera Mingguan Malaysia 11 April 2010.Kiranya Erin ni bekas artis la.Kumpulan Res'2 muncul sekitar 90an.Bagi yang minat hiburan sekitar umur 20an waktu tu tentu masih ingat kumpulan ni.Aku tak perasan sangat popular ke tidak kumpulan Res'2 ni waktu tu.Khabarnya sekarang dia tak menyanyi dah.Tapi kerja sebagai penari gelek untuk sara hidup diri dan anak tunggalnya.

Aku bukan nak ambil kisah sangat tentang Erin ni.Aku bukan kenal dia pun.Dia pun tak kenal aku dan bukan kawan dia pun.Yang aku terkesan sikit tentang cakap dia masa temubual tu.Aku rasa ramai juga yang dah baca samada kat Pancaindera atau kat Utusan online.Jadi apa yang dia cakap dah jadi bacaan umum.

Aku turunkan sikit petikan kata-katanya:
''Memang benar, Erin kini bekerja sebagai penari gelek. Erin dibayar berdasarkan persembahan yang dibuat. Tidak kiralah sama ada di kelab malam atau hotel. Hanya pekerjaan itu sahaja yang diminati dan mampu dilakukan," terangnya dalam nada jujur.
Erin mengakui dia cukup tersentak apabila dicemuh dan dikatakan telah menyumbatkan rezeki 'haram' ke dalam perut anak kandungnya sendiri. Erin dikategorikan sebagai bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila menjadikan kerjaya berkenaan sebagai mata pencarian.
"Apalah dosa yang Erin lakukan sehingga tergamak orang berkata sedemikian? Salah ke bekerja sebagai penari belly atau penari gelek. Bukankah ia adalah salah satu cabang profesion dalam dunia hiburan?
"Erin bekerja dan pendapatan itu datang dari keringat sendiri, bukan menagih simpati orang lain. Jauh sekali ditaja oleh seseorang. Tidak bolehlah orang seni macam Erin ini menjadi penari? Kenapa perlu ada sikap memandang sebelah mata terhadap pekerjaan Erin itu?'' soal Erin.

Memang macam nilah jawapan yang selalu diberi oleh sesiapa pun.Bukan soal salah pada pandangan orang.
Kalau ikut pandangan orang,mungkin ada yang suka.Kalau semua orang tak suka,tak bergeleklah Erin.Walaupun dari sudut moral tu sama sahaja kat semua orang.Tapi iman tak sama.Ada orang nafsu lebih dari iman.Sebab tu hiburan nafsu masih ada dan akan kekal sehingga kiamat.

Dari sudut agama tidak berubah.Haram tetap haram.Walau apapun alasan yang kita berikan.Lagi pun ketika masih banyak kerja-kerja halal yang boleh dilakukan.Mungkin Erin bercakap kerana dia jahil.Dia sepatutnya tidak bercakap begitu.Sesungguhnya Erin,jika tidak sempat bertaubat kerja seperti itu azabnya sangat pedih.Tanyalah pada alim ulama.Jangan terlalu ikut nafsu.Jalan pulang masih ada.Selagi nyawa belum sampai halkum,pintu taubat masih terbuka.Allah Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat.

No comments: