Banner 728 x 90

Sunday, April 4, 2010

Sekadar Renungan...Jagalah Lidah Kita...

Kata orang kerana lidah badan binasa.Lidah adalah salah satu anggota badan yang sangat berbisa.Berlaku perbalahan antara kita kerana lidah.Kerana lidah juga seorang sahabat menjadi musuh.Hubungan antara jiran tetangga menjadi renggang.Berlaku huru hara dalam masyarakat pun kerana lidah.

Allah SWT berfirman bermaksud:"Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang-orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat akan sesetengah yang lain.Sukakah seseorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati?(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.(Oleh itu ,patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepda Allah,sesungguhnya Allah penerima taubat lagi amat mengasihani."(Al-Hujurat:Ayat 21).

Rasulullah bersabda bermaksud:"Daripada Abu Musa r.a katanya,aku bertanya:"Wahai Rasulullah yang mana satukah yang dikatakan orang muslim yang utama?"Baginda menjawab:"Iaitu orang islam yang dapat mengawal dirinya dari menyakiti orang islam yang lain dengan menggunakan lidahnya atau tangannya."
(AlBukhari dan Muslim).

Bagaimana juga diceritakan kisah seorang hamba yang soleh sehingga Allah abadikan di dalam satu surah dalam AlQuran iaitu Luqman.Apabila Luqman disuruh oleh tuannya membeli seketul daging yang paling baik,Luqman membeli dan membawa pulang sekeping lidah.Esoknya tuannya menyuruh Luqman membeli pula setul daging yang paling buruk,Luqman juga membeli sekeping lidah.Lalu tuannya bertanya,"wahai Luqman kenapa bila aku suruh kamu beli daging yang paling baik,kamu beli lidah?.Aku suruh kamu beli seketul daging yang paling buruk,kamu juga beli lidah?Luqman menjawab,"tuan,kerana daging inilah manusi menjadi baik dan kerana daging inilah jugas manusia menjadi jahat."

Oleh itu berhati-hatilah dalam kira bicara kita kerana takut membinasakan kita diakhirat kelak.

No comments: