Banner 728 x 90

Saturday, April 3, 2010

Satu Lagi Episod Malang Bagi Islam

Isu hukuman sebat ke atas Kartika telah berakhir.Kartika  telah dijatuhkan hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah Negeri Pahang sebanyak 6 rotan dan denda RM5000 pada 20 Julai tahun lalu atas kesalahan minum arak.Hukuman itu telah menjadi perbahasan dikalangan ahli agama samada menepati hukum syarak atau tidak.Dalam posting yang lalu,saya telah mengambil dua pendapat iaitu daripada Mufti Negeri Perak dan daripada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Sila rujuk posting saya yang lepas.

Pada 26 March 2010,pihak berkuasa yang lebih berkuasa kepada pentadbiran agama Negeri Pahang telah mengurangkan hukuman tersebut kepada membuat kerja-kerja khidmat masyarakat di Pusat Jagaan Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah Kuantan selama 3 minggu sahaja.Kartika telah pun memulakan kerja-kerja amal tersebut semalam.Diberitakan juga Kartika terkejut dengan perubahan hukuman tersebut.

Saya tidak mahu pertikaikan apa yang telah diputuskan oleh sultan Pahang itu.Siapalah saya untuk mempersoalkannya.Terserahlah kepada Allah SWT.Tapi yang nyata keputusan tersebut adalah satu lagi episod malang bagi Islam.Imej perundangan Islam sudah tercemar lagi.Perundangan Islam semacam dipermainkan.Sudahlah hukuman sebat itupun dipertikaikan oleh alim ulama dari segi ketepatannya dengan Islam.Kemudian telah diubah pula dengan kerja-kerja kebajikan sahaja.Apakah syariat Islam tentang kesalahan minum arak itu sama sahaja dengan kerja-kerja amal itu?Wallahuklam.Aku berlindung dari itu semua dan dari mereka yang beranggapan begitu.

Walau bagaimanapun aku ucapkan selamat menjalani hukuman buat Kartika.Mudah-mudahan Allah memberi taufik hidayahnya untuk anda dan mengampuni anda.

No comments: