Sekarang musim kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.Memang sudah adat perlawanan,serang-menyerang perkara biasa.Setiap pasukan berlawan akan sentiasa mencari kelemahan lawan masing-masing.Tujuannya untuk mengalahkan lawannya.Begitu juga di Kuala Selangor,yang berlawan adalah parti politik.Jadi masing-masing carilah senjata politik untuk kalahkan musuh politik.Dari isu-isu politik tempatan,negeri dan nasional hinggalah isu pribadi semua didedahkan.Yang mengejutkan dan mengaibkan semua ada.
Tak kisahlah nak dedahkan apa pun.Kezaliman,rasuah,penyelewengan,skandal dan apa saja yang melibatkan kepentingan awam,dedahkanlah.Biar rakyat celik sikit tentang politik.Jangan biarkan rakyat hanya dengar dari satu hala sahaja.Kita pun suka rakyat kita celik politik.Bukan asyik dibuai mimpi-mimpi indah sahaja dari calon-calon yang bertanding.Setiap kali tiba musim mengundi,datanglah juru kempen-juru kempen atau broker-broker calon untuk taburkan janji-janji indah.Rakyat pun tersengih macam kerbau lepas mengawan, syok sendiri.Lepas pilihanraya,sunyi sepi.Kawasan masih seperti dulu juga.Janji hanya tinggal janji.Rakyat kembali tersengih semula.Ekonomi negara terus hancur,harta negara terus dibolot oleh elit berkuasa.
Tapi dalam asyik berkempen tu,adab susila jangan lupa.Janganlah mengaibkan lawan keterlaluan.Zaman ini zaman IT,janganlah digunakan kecanggihan teknologi itu untuk buat fitnah.Mungkin lawan tu ada salah dan silap.Maklumlah,kita ni kan manusia.Sudah menjadi sifat manusia ketika dia lemah dan lupa dia buat silap.Allah sentiasa menguji manusia mengikut kadar kemampuan manusia itu.Allah suka umatnya apabila dia telah melakukan dosa,dia bertaubat.Biar banyak mana pun dosanya Allah akan ampunkan.
Seperti kes calon PKR kat Hulu Selangor tu.Datu Zaid Ibrahim dah mengaku yang dia pernah minum arak.Tapi itu dulu,sekarang dia dah berhenti dari tabiat tu.Aku rasa dia 'gentlemen' kerana buat pengakuan tu.Tak seperti pemimpin-pemimpin politik yang lain yang seangkatan dengannya dulu.Masih belum berhenti,malah lebih teruk lagi.Dengar cerita sampai ada yang tertidur atas meja kasino.Tak lama dulu ada seorang pemimpin politik dari Sabah kena saman kerana gagal bayar hutang judi di London.
Dosa Datuk Zaid itu terserahlah kepada Allah.Jika dia benar-benar bertaubat,mudah-mudahan Allah akan ampunkan.Tapi yang keluarkan gambar palsu Datuk Zaid sedang botol arak tu apa hal?Ini dah fitnah dan bertujuan mengaibkan Datuk Zaid.Fitnah tu lebih jijik dari makan daging saudara sendiri.Berpolitiklah secara anak jantan.Berhujah secara ilmiah dan berfakta.Jangan berpolitik secara keji dan jijik.Politik begini,politik manusia tidak bertamadun.Politik jakun.
Wednesday, April 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment